Lama tak travelling atas sebab urusan rasmi. Kali ni memang tak dapat dielakkan. Sebelum ni bukan tak ada arahan tapi berjaya mengelakkan diri. Hihihi. Pandai-pandai ler nak hidup.
Sebab kami kena bawak banyak barang atas urusan rasmi so kami naik MAS. Lagipun nak mengelak delay. Yang belon merah satu lagi tu kan memang delay je kerjanya. Susah macam tu.
Sebelum gerak ke airport Isnin lepas, breakfast dulu dengan Encik Suami. Mee kolok dan rojak ayam. Flight kami tak ada delay, on schedule. Sampai KLIA terus booking grab ke homestay di Putrajaya. Team-team dari Sarawak semua dah sampai sebab mereka ambik first flight ke KL.
Homestay kami di PPAM Seruling. Dekat je dengan PICC.
Macam biasa apartment kat Putrajaya ni ada 3 bilik tapi 2 bilik je la function walaupun semuanya lengkap dengan double bed sebabnya orangnya 2 orang je duduk di sini.
Netflix ada tapi kena sign in akaun sendiri. Youtube pun kena sign in akaun sendiri jugak. No hal, bukan nak tengok tv sangat pun. CUma dengar lagu je la di YT untuk memeriahkan suasana.
Lengkap la semuanya, nak masak pun boleh, tapi kami guna washing machine je hingga ke hari terakhir untuk basuh baju. Mudah sampai di rumah tak banyak benda nak dibasuh dah.
Dinner malam pertama di Oriental Kopi, Alamanda. Kagum sebab tak ramai orang di sini, kalau di Kuching jangan haraplaa memang kena queue nak dine-in. Tapi bila last day pergi ke Alamanda, queuenya panjang beb nak dine-in. Hahaha.
First day masuk ofis ni, banyak KPI nak kena setel hari ni, especially tuntutan perjalanan. Semoga dipermudah hari kita semua. Insya Allah.







17 Comments
Claim laju laju KM..
ReplyDeleteMacam kitorang yang process claim, suka kalau staff yang outstation buat claim cepat-cepat, terus reconcile.
Dah submit semalam kak...hehehe
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletewah ni travel dari Kucing ke Kl pula..saya silap tengok tadi..selamat sampai ke KL ya..bagi lah berita2 baik kenangan abadi di blog ya
ReplyDeleteKalau ada masa nnt sy tulis, hehehe... skrg bz, kena curi² masa ni
Deletesaya pun biasanya akan mendobi sebelum pulang supaya mudah tak ada pakaian kotor bila balik
ReplyDeleteKalau travelling dgn famili selalu mcm tu, travelling keja jarang sbb selalunya x lama dan pakaian masih wangi.. hihihi
DeleteTravel atas urusan kerja seronok tapi lepas tu banyak la kerja tertangguh nak disiapkan sepanjang ketiadaan kat office.
ReplyDeleteBetul tu, tu la semalam pun dah pening nak buat yg mana dlu
DeleteSelesa nampaknya homestay tu...
ReplyDeleteAlhamdulillah selesai sudah tugasan luar ye. Tukar angin sekali sekala Kakmim ye ..
Moga dipermudah kan semua urusan nya Kakmim. Mee kolok tu sedapnya.
ReplyDeletesedapnya mee kolok! work trip pun seronok ajer!
ReplyDeleteBestnya Mee Kolok....wah ada di Putrajaya...dah berlalu seminggu ye...
ReplyDeletekita singgah jap.
ReplyDeleteLama Sha tak travel atas urusan kerja.. Bak kata kak mim, selagi boleh elak, kita elaklah kan.. kikiki..
ReplyDeleteBestnya travel outstation. Cantik apartment ni. Alamanda tak meriah sangat kalau weekdays. Weekend meriahlah.
ReplyDeleteYg maskapai merah itu, memang hrs pagi2 , first flight baru dia tak delay 🤣. Tapi kalo dah masuk siang, dahlaah, pasrah saja 😅😅.
ReplyDeleteBaguuus aprtmen nya ... Saya pun mementingkan washing machine kalo stay apartment gini. Biar tak banyak bawa baju, dan tak banyak bawa baju kotor balik
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!