Idea Untuk Exchange GIft

Hola! Hola! Ada yang dah cuti ke tu? Saya insya Allah minggu depan baru start bercuti. Harapnya minggu depan takdelah berhabuk blog ni. Biasanya waktu cuti malas nak update. Tapi nanti insya Allah saya akan rajinkan diri jugaklah. Takkanlah tak update sampai tahun depan pulak kan? Sebab cadangnya cuti memang sampai 31 Disember 2025. Hehehe.

Semalam hari mesyuarat. Mesyuarat hari-hari. Start hari Selasa hari tu dah meeting. Meeting jadual waktu. Semalam meeting exam lepas tu meeting pengurusan akademik. Nak mengadap pc pun tak sempat. Hari ni menyempatkan dirilah dulu sebelum perhimpunan staf terakhir untuk tahun 2025. Lepas tu online meeting lagi. Memang musim meeting la sekarang eh.

Oh, ya, perhimpunan staf hari ni ada pertukaran hadiah. Susah jugak lah nak pilih hadiah, sebab kena consider jantina. Sebelum ni saya bagi Tupperware, bagi sekampit beras, tapi selalunya saya memang suka bagi Tupperware lah. At least kalau staf lelaki yang dapat, kalau mereka tak nak, isteri-isteri pasti suka. Perempuan memang suka Tupperware kan? Sekarang saya dah ban daripada membeli Tupperware. Cukup-cukuplah oi!! Hihihi. Insaf la konon-kononnya.

Idea Untuk Pertukaran Hadiah Saya?

Haaa... tahun ni saya beli frying pan sekali spatula bamboo dan pot stand. Beli di Daiso je. Macam berkualiti jugak la material frying pan Daiso ni. Harganya RM29.50. Sebenarnya teringin nak beli untuk diri sendiri tapi sebab dah ada kan di rumah so beli untuk hadiah je la. Kalau staf lelaki dapat, takpe staf lelaki ofis kami ni memang suka memasak jugak.


Nak beli untuk diri sendiri tapi tak boleh, beli untuk orang lain boleh. Enjoy life! Masak sedap-sedap k

Ini haaa... nak goreng nasi boleh, nak tumis sayur pun boleh. 

Kalau korang, korang suka dapat hadiah yang macam mana eh?

 

Post a Comment

4 Comments

  1. cute jer hadiah ni!! ada specific min budget ker? ada nmpk kat thread org tak puas hati sbb ada yg bagi hadiah murahan dari kedai eco/mr diy low than min budget so mcm tak adil utk yg bagi hadiah ikut bajet yg ditentukan awal2 tu... yelah, kalau beli kat kedai eco, RM2.20 dpt dah 1 item, sedangkan bajet cthnya RM30...takker jauh tu bezanya... if semua beria dan sporting bg hadiah yg best, baru benda ni jd best heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah mcm tu kita xleh nk puaskan hati semua org, janji kita ikhlas.. syarat exchange gift min rm20

      Delete
  2. PH suka la dapat hadiah gini Kakmim :)
    Best sesi tukar² hadiah ni... Lebih seronok kalau dapat hadiah kesukaan kita.

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!