Rasanya kan Pizza Hut dah semakin pupus dah di Kuching ni. Mungkin sebab boikot jugak la. Kami ke Plaza Merdeka dah tak ada, di Vivacity pun dah tak ada. Cuma yang tinggal bertahan yang di lot sendiri je. Rasanyalah.
Sebab lama dah tak makan di Pizza Hut, #theIMANs ni teringin pulak. Itulah misi nak ke PH tapi tak jumpa-jumpa di shopping mall. Pilihan terakhir terpaksalah balik, keluar dari mall dan pergi ke PH yang di lot sendiri, di area Satok.
Mula-mula kami sampai pun hanya ada 1 meja customer je sedang menunggu order. Tapi tak lama lepas kami order, bertambah pula customer dan penuh jugak lah semua meja. Makin kurang agaknya ye orang makan di PH. KFC, McD dulu masa kempen boikot memang lengang, sekarang dah macam biasa dah. Begitulah ya. Kami kalau teringin memang makan jugak.
Kami order apa? Beef pepperoni pizza memang wajib la, favourite #theIMANs. Lepas tu order jugak baked cheese rice. Excited tengok dah ada balik dalam menu, ke memang dah lama ada, itulah sebab lama dah tak ke PH kan?
Bila order guna QR memang kena screenshot, senang sikit kita nak monitor apa yang kita dah order, sebagai bahan bukti kan in case tak masuk dalam sistem ke, padahal kita dah submit dah. Contohhhhh....
Seronok depa berdua ni tarik-tarik cheese.
Abang macam biasalah muka takde perasaaan, Awan Alan macam biasalah bila makanan kegemaran, enjoy dan happy la.
Yeah, all you need is love. Happy tummy, happy family.
Sebenarnya ini kisah throwback hujung bulan lepas. Hehehe. Salam Jumaat tau semua, bagi yang bercuti tu, selamat bercuti!!! Semoga semuanya ceria dan bahagia ya.



11 Comments
Kepupusan mungkin faktor trend orang kinek tok yang order guna online jak..makan di rumah..selain ya mungkin lepak di premis dh sik berapa best..bergaut mok ke sia ke sitok...pendapat kmk ajak la
ReplyDeleteSalam Jumaat, Mim. Nampak seronok #theimans dapat dine in di PH. Budak2 kan suka makan pizza nak nak pulak cheese boleh tarik2, hihi.
ReplyDeleteKat kampung akak dia buat lot untuk order je takde nak makan kat situ sebab perlukan space yang besar kan. Jadi kalau sesekali kumpul kat kg kalau ramai budak-budak hah pi le order. Sementara siap boleh belanja barang dapur dulu sebelum ambil order. Tapi tak selalu le. Kalau selalu rabak poket.
ReplyDeletesy pun makan pizza hut Selasa lps. Guna delivery je. Malas nak mkn di outlet sbb kena caj extra.
ReplyDeletelinda memang kelam kabut lah kalau order QR ni..tak gemor.. pulak2 internet dalam tu jadi slow..lepas tu, nak connect dengan Wifi resto, asyik tak boleh je.. memang tak boleh la makan dekat resto begitu.. hahhaa..boleh bikin marah.. jenis tak sabar... hahaha
ReplyDeleteSeronok anak-anak, dapat makan pizza. Anak-anak kakmim nampak dah besar. 😊
ReplyDeleteSaya pun dah lama tak makan di pizza hut ni. Selalu beli yang dia orang offer depan kedai tu je, RM10 saiz kecil, dia buat sale.
Skrg mereka lebih gemar order online, makan di rumah sambil guling-guling, hahaa~
ReplyDeleteLama tak pekena pizza hut rasa macam di kawasan Cuya macam dah tutup. Dominos pon dah tutup. Mcd masih dibuka lagi
ReplyDeleteYang kanan atas tu menu apa ya Kakmim, nampak sedap.
ReplyDeleteMelts bolognese beef kak.. nasib ada resit tu kalau x mmg x tau menu apa.. haha.. tp sedap crust die rasa pancake gitula
DeleteAlamakssss... sedapnya.
ReplyDeleteCool aje Abang..
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!