Majlis Apresiasi Murid Cemerlang 2025

13 Disember, hari Sabtu yang lalu kami Ayah & Ibu menyantuni hari anak-anak, Awan & Alan. Alhamdulillah tahun ni masih lagi dapat naik ke pentas menerima hadiah kecemerlangan. Jika tahun lepas, Ibu hadir 2 hari berturut-turut sebab Tahap 1, Sidang 1 hari pertama dan Tahap 2, Sidang 2 di hari kedua. Pada tahun ni, kedua-dua Awan Alan di Tahap 2 dan kami dijemput hadir di Sidang 2 di Dewan SMK yang berhampiran dengan sekolah Awan Alan.

Hiasan pentas tahun ni bertemakan flora dan butterfly. Dah tengok jugak sikit-sikit hint dan teaser yang cikgu update di WA story dan FB personal. Memang tak sabar nak tengok hasil akhir.


Cantik!! Tahniah team pentas dan semua AJK pelaksana MAMC 2025. Hari yang sangat bermakna untuk semua guru, ibu-bapa dan juga anak-anak yang dirai. Terima kasih cikgu-cikgu semua atas usaha ini.

Photobooth pun mantap. Macam trending jugaklah konsep photobooth ni tahun ni.


Tahun ni Alan la yang champion. Hampir semua subjek dia sapu dalam kelasnya. Bila nama Alan disebut dan skrin pun memaparkan nama Alan, semua murid bertepuk tangan dengan kuat. Bila dia turun pentas pulak, berjalan ke tempat duduk dan lalu di tempat duduk parent, ramai mak-mak gelak-gelak lucu sebab begnya agak berat, dah la badan pulak kecik. Dah macam balik shopping lepas payday pulak begnya.

Simpan sini kategori permata yang Awan dan Alan dapat pada tahun 2025. Tahun depan kena fighting lagi ni. Nak berada di atas mudah, nak mengekalkan tempat di atas tu yang payah, itulah yang Ayah selalu pesan pada mereka berdua. Jangan terlalu selesa dengan apa yang kita ada sekarang.

Pautan buku program: https://anyflip.com/iqrrh/zllm/ pun nak simpan sini juga untuk kenangan. Nanti-nanti boleh la Alan baca balik dan throwback kenangan di bangku sekolah rendah ni. Alan je yang suka baca blog Ibu. Abang-abang kakak macam tak berminat je. Hehehe.

Kiri: trofi Alan, kanan: trofi Awan

Trofi KAFA ni berat daripada trofi-trofi Permata Ilmu tadi.

Untuk setiap kategori Permata Ilmu akan dapat 1 trofi dan 1 fail. Dalam 1 fail ni ada pensel warna, sebuah buku latihan, 1 set alat-tulis dan sebotol gam. Alhamdulillah dah boleh cover stok setahun ni, sebab ada 12 buah fail. Dan pensel warna pun dapat brand Staedler Luna kegemaran Alan. Nasib baiklah Ibu belum top up lagi stok stationaries untuk tahun depan. Just top up keperluan stationary dan perkakasan PSV yang lain je lah lepas ni.

Begitulah aktiviti di siang Sabtu, penuh dengan aktiviti #theIMANs. Malamnya aktiviti keluarga pulak. Perancangan untuk 2026? Alhamdulillah, tusyen subjek Maths BI dah setel. Cuma strategi UPKK je belum nampak jalan lagi ni. 



 

Post a Comment

1 Comments

  1. Tahniah.. naik pentas bawa banyak hadiah.. ni dah macam sapu semua kategori ni..

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!