Lepas makan di Salar Mee Tarik kami terus ke Vivacity. Iman nak outing dengan group membernya untuk persiapan projek HIP Englishnya. Projek HIP Board Game ni akan digunakan semasa Karnival HIP peringkat sekolah pada tahun depan. Kebiasaannya untuk Karnival HIP ni pelajar form 5 yang akan jadi penganjur.
Apakah HIP?
HIP ialah akronim bagi Highly Immersive Programme. Program Imersif Tinggi (HIP) merupakan sebuah program yang diperkenalkan di bawah dasar MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Melayu dan Mengukuhkan Bahasa Inggeris) di bawah KPM yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid melalui pendedahan yang lebih tinggi kepada bahasa tersebut di sekolah. Perkara ini merupakan suatu pengukuhan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 1/1999: Garis Panduan Pengendalian Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris Di Sekolah (No. Rujukan: KP (BS) 8591/Jilid XV/ (1) 4 Januari 1999) bagi pelaksanaan aktiviti peningkatan penguasaan bahasa Inggeris di dalam dan di luar kelas. Ia juga bertujuan untuk memupuk sikap dan pandangan yang positif terhadap pembelajaran dan penggunaan bahasa Inggeris.
So untuk Karnival HIP 2026, batch Iman lah pulak yang jadi penganjur. Walaupun pelaksanaannya tahun depan, tapi tahun ni mereka dah mula perancangan dan pembentangan. Pembelian bahan-bahan pun dah, bajetnya mestilah dari FAMA (father & mother). Hehehe. So layan je lah anak-anak ni nak shopping untuk projek diorang. Kesempatan jugak diorang nak keluar dengan kawan-kawan.
Jiwa Yang Tersiksa Diubati Dengan Oriental Kopi
Si kakak berjalan dengan kawan-kawan, kami ni jugaklah yang jadi penunggu setia. Bak kata adik-adik, Kakak jer happy, kami semua tersiksa. Ahahaha. Statement bukan main lagi budak-budak ni. Kerana Kakaklah Awan tak dapat nak main bola dengan jiran. Itu yang dia rasa tersiksa tu. Hihihi.
Untuk mengubat jiwa yang tersiksa tu, hehehe, Ayah bawak diorang lepak Oriental Kopi, dengan harapan kurang sikitlah siksaan jiwa tu. Hahaha.
First time bawak 3 hero ke sini, wajib order mestilah toast pandan & kaya, takde pulak ambik gambar roti bakar. Signature menu egg tart, PEnang char kuey tiaw, peanut tost. Perut kenyang lagi sebenarnya lepas lunch mee tarik tapi itulah to kill the time kan?
ABC ice cream dilupa jangan.
Golden Lime ni memang unik. Tak taulah kenapa ia perlu diletak dalam balang ais macam ni. Bak kata Encik Suami, bikar air ni buat teringat bikar air dalam cerita Si Gagak dan kendi. Hehehe.
Upin dan Ipin versi Awan dan Alan
Kami berlima yang jadi penunggu setia si Kakak yang shopping dan makan sedappp
Tengok laaa mak kawan dia belanja makan di Seoul Garden pulak, jadinya kami tersidai sekali lagi. Penatnya menunggu. Nak window shopping pun dah penat, Ayah sempatlah shopping kasut kerja dan baju 3 hero, Ibu duduk je di lantai, dah penat. Hahaha. Begitulah nasib.


17 Comments
Sedapnya ABC tu.. nyum3.
ReplyDeleteBudak suka ler kak.. aiskrim tu sy x rasa pun... diorang dh habiskan
DeleteKesian pulak dengan ayat adik-adik tu. Semua tersakiti demi kegembiraan kakak. Takpelah, sesekali berkorban untuk kakak happy². Dapat juga menjamu selere makan ABC dan segala yang sedap-sedap tu kan.
ReplyDeleteAdiknya si awan tu mmg pandai mengayat, ayat-ayat dia selalu bombastic... kami laki bini pun selalu berpandangan sesama sendiri bila si awan dh berkata²... ahahaha
Deleteselalunya anak duduk di lantai.. ini ibu yang duduk di lantai.. hihihi
ReplyDeleteYa, ibu duduk... ayah yg carikan baju anak-anaknya.. hehehe
DeleteMenarik selera tengok ABC tu....ish...dah rindu mee kolok ni....camana ni.....
ReplyDeleteKan ada tiket AA murah kan utk thn dpn.. hehehe... cer riki kak
DeleteSedapnya..Tp sy asyik x dpt pegi je sbb tiap kali nk pegi asyik penuh je...=)
ReplyDeleteBetul tu, kena sabar kalau nk dine-in di sini, mmg queue panjang tgu seat kosong
Deletemenu semua nampak sedap!
ReplyDeleteSedapnya...akak pernah minum kat JB rasanya la ngan husband..sedap2 nampak menu tu semua..geram tgok ice cream tu
ReplyDeletewah mana taknya jeles pi seoul garden gitu. Jauh si kakak udah berjalan sampai seoul gitu
ReplyDeleteDah lama pulak tak nampak perkataan bikar.. rasa macam zaman belajar sains dulu.
ReplyDeletePertama kali nampak botol air ada kiub ais, rasanya bagus juga sebegitujika saya yang tak berapa nak minum sejuk ni..haha faktor usia
ReplyDeleteTak apa, sabar menunggu, kejap lagi kakak muncul lah tu ya..bagi anak kepuasan membeli..anak-anak yang baik..
ReplyDeleteKalau ibu yang duduk kat lantai tu memang penat sangat dah tu.
ReplyDeleteEgg tart Oriental Kopi sedap..Tak pernah makan kat sini tapi mama pernah tapaukan egg tart. Anak anak suka makan nasi lemak kat sini kalau keluar dengan nenek.
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!