Panic Attack vs Heart Attack

Tengah hari semalam member forward gambar patient di hospital. Saya baca captionnya. Baca sekali tak percaya, baca sekali lagi. Ya, memang dia. Rupanya junior kami di ofis lama dikejarkan ke emergency hospital swasta berdekatan area rumah kerana sesak nafas dan sakit dada! Rasa nak menangis pun ada. Iyalah dah macam adik-adik je kan, tetiba dapat berita macam ni pulak. Sedihnya alahai.

Suaminya memaklumkan doktor macam suspect heart attack tapi perlu investigate lagi. Dapat lagi berita pagi ni, hari ni baru akan full scan untuk investigate lagi sebab doktor maklumkan jantung ok, mungkin bukan masalah dari jantung. Allahu, semoga dipermudahkan semuanya.


Panic Attack vs Heart Attack

Junior saya ni on medication untuk depression. Saya ingatkan side effect daripada ubat tu, tapi rasanya memang taklah. Try jugak lah Google, takut anxiety melampau ke sebab dia mengadu susah bernafas dan sakit dada yang mencucuk-cucuk. Apapun semoga semuanya dalam keadaan baik dan terkawal. Doktor pun cakap nasib baik cepat dibawa ke hospital.

Jaga kesihatan ya kawan-kawan!! Jangan overthinking sangat, kerja tinggal di ofis je, balik rumah lupakan sekejap kerja-kerja ofis tu. Sebab tu la Gen Z memperjuangkan work-life-balance kan? Malangnya kita ni bukan Gen Z.

 

Post a Comment

12 Comments

  1. Risau sungguh kalau bab masalah berkaitan jantung ni kan.
    Semoga Allah permudahkan urusan rawatan junior Mim.

    ReplyDelete
  2. Allahu.. moga dipermudah semuanya daripada apa-apa yang menyulitkan..

    ReplyDelete
  3. Kadang stress melampau mendatangkan penyakit dalam diam. Sebab tu kalau boleh jangan stress cuba lapangkan fikiran dan perasaan. Paham bila kerja banyak stress memang tidak boleh di kawal. Apa lagi kalau orang sekeliling selalu menambahkan stress lagi le makin teruk. Semuga yang baik-baik saja. Ramai anak muda kena sakit jantung dalam diam kerana punca stress bekerja. Dan banyak juga yang meninggal dalam tidur kerana sakit jantung. Semuga kita dijauhkan lah hendaknya.

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan urusan..aamiin

    ReplyDelete
  5. Panic Attack tu sakit gila, kena sampai tercampak sudu. Rasa mmg nyawa takat tu je masa tu.
    Simptom tu semua ada, anak-anak tengah siap nak ke sekolah semuanya tak jadi pergi sekolah.
    Start hari kena sampailah ke sebulan lepas tu rasa macam zombie, muka pucat, badan susut, takut nak tidur, takut nak makan, jantung laju. Bila jumpa doktor, doktor kata semua elok je. Jantung je laju, bagi ubat anxiety terus. Ubat tu kuat gila, makan stengah biji, rasa macam taknak bangun terus. Terus tukar cara hidup. Allah swt bagi peringatan. Yang laluinya je tahu macam mana rasa kena tu. Bila cerita orang lain tak faham. Eh terpanjang pula.

    Semoga semuanya baik-baik sahaja dan terus dikurniakan kesihatan yg baik.

    ReplyDelete
  6. RIsaunya..Sy hari tu mcm ada 5 dari symptom panic attack tu..Tp doctor ckp mgkn effect dr ubat..Semoga semuanya baik2 aje..Amin...

    ReplyDelete
  7. Jaga diri dan kesihatan ya, rakan-rakan bloggers semua. Suami saya pernah mengadu sakit dada, kena tahan wad. Bila check, jantung ok. Tapi masalah gas. Itulah, simptom lebih kurang je. Mujur la. Alhamdulillah, Allah beri ujian supaya kita beringat.

    ReplyDelete
  8. Semoga baik2 saja
    Moga jadi peringatn utk kita berjaga2

    ReplyDelete
  9. shafahallah/shafahullah utk ur fren tu...Allahumma yassir

    ReplyDelete
  10. Syafahallah 🤲🏻
    Take care semua

    ReplyDelete
  11. Semoga kawan Mim baik² jer dan tiada yg memudaratkan, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  12. Allahu.. sampai on medication sbb depression.
    Semoga yang baik-baik buat junior KM.

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!