Dah Ready ke Nak Say Hello 'Tahun Baru 2026'?
Haluuu!!! Korang dah prepare ke untuk tahun 2026?? Sekarang kami tengah cuti semester so memang banyaklah plan nak prepare untuk sesi baharu awal bulan 1 nanti. Time cuti ni lah banyak kerja pengurusan yang hendak diuruskan, nanti budak dah register kena fokus PdP pulak.
Bila dah melibatkan pengurusan mestilah ada perancangan. Bila ada perancangan, mesti kena ada kalendar dan planner. Almanac pun dah last page dah, bila nak selak page baru (bulan 1) eh manalah ada sebab dah tukar tahun.
Nak tak nak, print lah dulu kalendar bulan Januari 2026 dan planner 2026 pun dah kena ada jugak dah nampaknya. Hujung minggu tu pergi Popular carik planner 2026. Dah jumpa! Popular selalu tak mengecewakan, I like!
Pilih punya pilih, akhirnya pilih yang basic je, warna pun hitam.
Beli sticker jugak, sebab nak main lekat-lekat sticker. Comel!! Kalau di Eco lagi banyak sticker comel-comel. Ada je sticker kat rumah, banyak beli buat stok. Tapi biasalah jumpa lagi yang comel, beli lagi. Isk isk.. perangai.
Tadaaa... selepas aktiviti melekat sticker.. ahahaha
Kenapa Masih Memilih Planner Fizikal?
Di era digital sekarang, ramai yang beralih kepada aplikasi planner di telefon pintar. Tapi, kenapa masih ada yang setia menggunakan planner fizikal? Jika anda sedang mempertimbangkan antara planner dan apps, jom baca perkongsian ini — mungkin anda akan faham kenapa planner fizikal masih menjadi pilihan ramai.
1. Rasa Lebih Fokus dan ‘Mindful’
Menulis tangan dalam planner membantu kita untuk lebih fokus tanpa gangguan notifikasi. Ia juga memberi ruang untuk slow down dan refleksi secara sedar — sesuatu yang sukar dilakukan dalam app yang serba pantas.
2. Tiada Risiko ‘Overwhelm Digital’
Aplikasi terlalu banyak fungsi kadang-kala buat kita rasa serabut. Planner fizikal pula, lebih minimal dan jelas. Kita nampak terus apa tugas harian kita tanpa perlu membuka 3-4 aplikasi.
3. Lebih Fleksibel dan Kreatif
Planner boleh dihias dengan sticker, doodle, atau warna mengikut mood. Ia menjadi satu bentuk ekspresi diri dan hobi ringan bagi saya, bukan sekadar alat pengurusan masa.
4. Kurang Gangguan
Bila buka app planner, kita mudah teralih ke media sosial. Dengan planner fizikal, tiada gangguan. Oleh itu, kita akan betul-betul beri tumpuan pada perancangan harian.
5. Kenangan & Sentimental Value
Planner jadi kenangan berharga — macam saya sejenis yang suka tengok balik tulisan lama, tarikh penting, atau nota motivasi yang saya tulis sendiri. Bukan saja planner, buku nota kerja pun saya simpan, senang nak rujuk kalau ada apa-apa yang perlu dirujuk.
Planner fizikal mungkin nampak kuno, tapi bagi saya, ia adalah tool yang paling personal dan efektif untuk mengurus kehidupan. Jika anda sedang tercari-cari sistem pengurusan masa yang lebih ‘real’, cuba semula planner — mungkin anda pun akan jatuh cinta semula!
So anda team planner fizikal atau online planner (apps)?

17 Comments
Ready atau tak, tetaplah kita kena jalan terus. Comelnya planner letak sticker. Saya masih memilih planner fizikal. Tak reti planner online ni, tak feel.
ReplyDeleteSy suka main conteng² fiza..hehehe... pen mst warna-warni... masuk meeting bwk at least 2 btg pen berlainan kaler
DeleteSetuju dgn segala points tu Kakmim. That's why I pilih physical planner. Paling best boleh lekat sticker/sticky notes if ada important things/events.
ReplyDeleteKalau x pun, notes penting trs je staple kat planner
DeleteAaaa I like black white, omeynya stiker panpan.
ReplyDeleteYou know me already, ahahahaa~ but not ready yet. Buntu sambil cari ilham nak deco. Adeih~
Tapi rasanya dah dapat idea, kejap lagila kerjakan.
kalau puan syasya kompom lg la kreatif.. x sabar nk tgk kejadiannya... nnt show off tau
Deletekak ana yang old school ni Mim, pasti pilih yang fizikal planner hehe :)
ReplyDeletekita generasi benda fizikal kot kak.. ahaha
DeleteTak beli planner..guna personalized calendar je..Kikiki
ReplyDeletewahhh... bila nk show off tu linda? hehehe... sibuk je kan nk tgk brg org
Deletekak mim.. kita dah show off awal dah..
Deletekat sini https://rizzlinn.blogspot.com/2025/11/kalendar-2026.html
saya pakai digital planner .. guna goodnotes... sync kan jadi boleh akses kat ipad dan phone..
ReplyDeletesy setiap tahun beli planner tetapi tak pernah nak tulis apa2... hehe... suka planner fizikal..
ReplyDeleteAkak prefer online..selalu tgok dan senang manage..kalau physical selalu lupa tulis atau malas...
ReplyDeleteZaman belajar dolok kmk pun suka pakei buku planner tapi kinek tok dah zaman digital kmk prefer digital planner sbb kmk suka konsep minimalis. Lagipun boleh set reminder & senang refer dlm phone sbb phone mmg embak ke siney2 waima keluar rumah jumpa kawan pun boleh check plan dari kalendar hp.
ReplyDeleteTak guna planner... tulis kat table calendar je sebab terus nampak 😁
ReplyDeleteAkak oldscool punya type. Mencatat je dalam diari yang diberi setiap tahun. Tapi awal tahun je penuh lepas tu luperrrrrr aduhaiiiii. Tapi kalau ada catat date penting atau notes penting rujuk balik
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!