Planner Fizikal atau Online Planner?

Dah Ready ke Nak Say Hello 'Tahun Baru 2026'?

Haluuu!!! Korang dah prepare ke untuk tahun 2026?? Sekarang kami tengah cuti semester so memang banyaklah plan nak prepare untuk sesi baharu awal bulan 1 nanti. Time cuti ni lah banyak kerja pengurusan yang hendak diuruskan, nanti budak dah register kena fokus PdP pulak.

Bila dah melibatkan pengurusan mestilah ada perancangan. Bila ada perancangan, mesti kena ada kalendar dan planner. Almanac pun dah last page dah, bila nak selak page baru (bulan 1) eh manalah ada sebab dah tukar tahun.

Nak tak nak, print lah dulu kalendar bulan Januari 2026 dan planner 2026 pun dah kena ada jugak dah nampaknya. Hujung minggu tu pergi Popular carik planner 2026. Dah jumpa! Popular selalu tak mengecewakan, I like!


Pilih punya pilih, akhirnya pilih yang basic je, warna pun hitam.

Beli sticker jugak, sebab nak main lekat-lekat sticker. Comel!! Kalau di Eco lagi banyak sticker comel-comel. Ada je sticker kat rumah, banyak beli buat stok. Tapi biasalah jumpa lagi yang comel, beli lagi. Isk isk.. perangai.


Tadaaa... selepas aktiviti melekat sticker.. ahahaha


Kenapa Masih Memilih Planner Fizikal?

Di era digital sekarang, ramai yang beralih kepada aplikasi planner di telefon pintar. Tapi, kenapa masih ada yang setia menggunakan planner fizikal? Jika anda sedang mempertimbangkan antara planner dan apps, jom baca perkongsian ini — mungkin anda akan faham kenapa planner fizikal masih menjadi pilihan ramai.


1. Rasa Lebih Fokus dan ‘Mindful’  
Menulis tangan dalam planner membantu kita untuk lebih fokus tanpa gangguan notifikasi. Ia juga memberi ruang untuk slow down dan refleksi secara sedar — sesuatu yang sukar dilakukan dalam app yang serba pantas.

2. Tiada Risiko ‘Overwhelm Digital’  
Aplikasi terlalu banyak fungsi kadang-kala buat kita rasa serabut. Planner fizikal pula, lebih minimal dan jelas. Kita nampak terus apa tugas harian kita tanpa perlu membuka 3-4 aplikasi.

3. Lebih Fleksibel dan Kreatif  
Planner boleh dihias dengan sticker, doodle, atau warna mengikut mood. Ia menjadi satu bentuk ekspresi diri dan hobi ringan bagi saya, bukan sekadar alat pengurusan masa.

4. Kurang Gangguan  
Bila buka app planner, kita mudah teralih ke media sosial. Dengan planner fizikal, tiada gangguan. Oleh itu, kita akan betul-betul beri tumpuan pada perancangan harian.

5. Kenangan & Sentimental Value  
Planner jadi kenangan berharga — macam saya sejenis yang suka tengok balik tulisan lama, tarikh penting, atau nota motivasi yang saya tulis sendiri. Bukan saja planner, buku nota kerja pun saya simpan, senang nak rujuk kalau ada apa-apa yang perlu dirujuk.

Planner fizikal mungkin nampak kuno, tapi bagi saya, ia adalah tool yang paling personal dan efektif untuk mengurus kehidupan. Jika anda sedang tercari-cari sistem pengurusan masa yang lebih ‘real’, cuba semula planner — mungkin anda pun akan jatuh cinta semula!

So anda team planner fizikal atau online planner (apps)?
 

Post a Comment

17 Comments

  1. Ready atau tak, tetaplah kita kena jalan terus. Comelnya planner letak sticker. Saya masih memilih planner fizikal. Tak reti planner online ni, tak feel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy suka main conteng² fiza..hehehe... pen mst warna-warni... masuk meeting bwk at least 2 btg pen berlainan kaler

      Delete
  2. Setuju dgn segala points tu Kakmim. That's why I pilih physical planner. Paling best boleh lekat sticker/sticky notes if ada important things/events.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau x pun, notes penting trs je staple kat planner

      Delete
  3. Aaaa I like black white, omeynya stiker panpan.
    You know me already, ahahahaa~ but not ready yet. Buntu sambil cari ilham nak deco. Adeih~
    Tapi rasanya dah dapat idea, kejap lagila kerjakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau puan syasya kompom lg la kreatif.. x sabar nk tgk kejadiannya... nnt show off tau

      Delete
  4. kak ana yang old school ni Mim, pasti pilih yang fizikal planner hehe :)

    ReplyDelete
  5. Tak beli planner..guna personalized calendar je..Kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh... bila nk show off tu linda? hehehe... sibuk je kan nk tgk brg org

      Delete
    2. kak mim.. kita dah show off awal dah..
      kat sini https://rizzlinn.blogspot.com/2025/11/kalendar-2026.html

      Delete
  6. saya pakai digital planner .. guna goodnotes... sync kan jadi boleh akses kat ipad dan phone..

    ReplyDelete
  7. sy setiap tahun beli planner tetapi tak pernah nak tulis apa2... hehe... suka planner fizikal..

    ReplyDelete
  8. Akak prefer online..selalu tgok dan senang manage..kalau physical selalu lupa tulis atau malas...

    ReplyDelete
  9. Zaman belajar dolok kmk pun suka pakei buku planner tapi kinek tok dah zaman digital kmk prefer digital planner sbb kmk suka konsep minimalis. Lagipun boleh set reminder & senang refer dlm phone sbb phone mmg embak ke siney2 waima keluar rumah jumpa kawan pun boleh check plan dari kalendar hp.

    ReplyDelete
  10. Tak guna planner... tulis kat table calendar je sebab terus nampak 😁

    ReplyDelete
  11. Akak oldscool punya type. Mencatat je dalam diari yang diberi setiap tahun. Tapi awal tahun je penuh lepas tu luperrrrrr aduhaiiiii. Tapi kalau ada catat date penting atau notes penting rujuk balik

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!