Semalam 7 Ramadan. Pejam celik dah seminggu kita di bulan Ramadan. Mula dah malas masak. Adoi la. Lagi satu faktor malas masak sebab cili bawang blend semua dah habis. Weekend hari tu tak buat pun. Selalunya setiap weekend akan top up bahan blender. Tapi, itulah, malas.
Lauk semalam, goreng ikan je. Sambal cili masih ada balance sikit, rebus telur masin dan buat sambal kentang bilis. Sayur nangka masak lemak beli dari jiran yang berjual depan rumah di taman. Tetiba Encik Suami balik bawak kambing grill. Jadi terbanyak pulak dah menu sungkei.
Hasil tengok video masak-masak buat jugaklah sambal kentang walaupun takde bahan blend. Ingatkan tak laku sebab tak merah menyala macam selalu (cili tak banyak tapi tak suka letak sos), tapi licin jugak.
Hari ni takde idea nak masak apa. Nak kena tengok video tiktok lagi la nih. Aduyai ngantoknya. Layan mata jap sementara takde sapa yang sampai lagi ni. Daaaa~
9 Comments
Sedapnya sambal kentang tu! Potong kecik2 senang nak makan
ReplyDeleterajin memacam jugak lauknya tu
ReplyDeletekambing tu fav
ReplyDeleteSy suka sambal bilis kentang kering² gitu 😋
ReplyDeleteSedap kentang bilis sambal tu..tapi, berchenta betul nak memotong nya...hahaha
ReplyDeleteKita orang punya peberet juga sebab senang. Tapi kalau boleh pedas sikit baru umph
ReplyDeleteanak2 cie suka kentang kicap. berselera makan kalau buat menu tu.
ReplyDeletebisa simpan dalam freezer kak, tak payah masak esok nya 😄
ReplyDeleteSaya juga selalu cari resep simple dari IG. Beberapa chef creator buat masakan yg memang kurang dari 20 menit, dan sehat. JD itulah yg selalu saya pakai. Untungnya bersyukur suami saya nih orang Jawa. Orang Jawa nih terbiasa makan simple.
1 lauk sajapun, asal ada sayur dan protein di dalam, dah cukup.
Saya nih pula orang Batak Sumatra . Terbiasa makan lauk 3-4 jenis waktu msh tinggal dengan orangtua. . Tp Krn saya tak suka masak, jadi masak ikut kebiasaan suami saja 😁😄. Tak menghabiskan waktu di dapur. Makanya sukaa kalau ketemu resep yg gampang.
MZ masak utk iftar gilir2 jugak selang seli beli kat bazar...kentang goreng tu my fav laaaa
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!