Kalau boring scroll FB, saya suka bukak Memories. Kebetulan ya keluar gambar bersama blogger MizzAmy (MA) hari ni. Kami kenal sejak 2007, kenal dari blog la, hehe.. Masa sibuk nak kahwin tahun 2008 pernah tumpang bilik MA lepas balik travelling (urusan rasmi). Saya dan seorang lagi rakan memang shopping sakan la masa tu beli hantaran tunang dan comforter di Jakel. MA layan jer kami berdua, tapi dia ambik kami di stesen LRT je la, tak sampai hati pulak nak susahkan orang yang tengah kerja. Tapi barang banyak la masa tu, dengan naik Myvi putih dia je. Hihihi. Bila zaman single selesai jer urusan rasmi, confirm la extend lagi shopping. Kalau sekarang, habis jer kerja, kalau boleh ada flight sekarang, sekarang tu jugak terus fly balik. Itulah perbezaan zaman single dan zaman mak-mak.
Tapi masa ni bukan kali pertama jumpa MA sebab gambar makan-makan ni saya baru kawen.. Masa ni MA bawak makan di William's Place. Selalu baca jer cerita dia di blog kan, so time tu dia bawak dine-in kat sana. Mana MA sekarang? Ada je, dah tak aktif blog lagi cuma keep in touch di medsos je. Kecil-kecil cili padi orangnya ye, tapi runner tegar ni sekarang. Alahai, rindu pulak sahabat blogger dulu-dulu. Ada seorang lagi yang 'rapat' walau di blog, tapi tak pernah jumpa, dan tak pernah contact pun. Rindu Shimahz.
Er, ada ke yang kenal blogger MizzAmy ni ek??
15 Comments
Akak dulu kenal blogger penulis. Kita ikiti novel pendek dia dalam blog. Jadi bila mereka kuarkan buku emm bertandang lah kat booth mereka untuk beli dan mintak sign. Sekarang udah ramai yang tenggelam blognya. Tapi sebab dah bertentang mata jumpa je lah kat Fb ke pesta buku ke. Tapi sekarang ramai novelis lama pun dah tengelam juga. huhuhu
ReplyDeleteItu lah ramai blogger dulu penulis novel kan? ada sorg tu yg dh meninggal tu, yg novelnya diadaptasi ke drama tv
DeleteSy berblog dari tahun 2015... Ramai yg sy kenal skrg dah tak aktif... adapun more to social media ja skrg.. sy jumpa blogger2 Sabah ja.. itupun cuma sekali ja kami berkumpul... Kenangan..
ReplyDeleteDulu² kami blogger Sarawak ada jugak reunion, pegi kenduri kawen blogger, tp sekarang sama la semua dh x aktif dh... rindu kan?
DeleteSepanjang berblog..tidak pernah bertemu mata dengan blogger...cuma terus menyapa di medsos ada lah...
ReplyDeleteYe ke linda? Sy pn dh lama x jumpa blogger.. dulu2 je
DeleteWah, kenangan di Facebook memang tak pernah luput ya.
ReplyDeleteSebenarnya paling baik simpan gambar-gambar di sana, betul-betul boleh dikenang bila-bila masa kita teringat.
Ya, byk album di sana tp sy privatekan dh sekarang.. dh set ke 'only me'
Deletesimpan baik2 gmbr cuci gmbr pun ok
ReplyDeleteAmboi kakmim muda remaja! Aaauuummmm!
ReplyDeleteAda beberapa yang akak follow blog, kini dah tak aktif. Mungkin ramai yang bertukar medium medsos.
ReplyDeletewah kawan lama dh 17 tahun tuh., hehe
ReplyDeleteBlogger kedak hidup segan mati sik mok dh kinek..platform media sosial mudah gik untuk share gambar, video dan idea. Bahkan trafik memang sudah ada di sia.
ReplyDeleteWaaah diingatkan oleh FB ya kak. 😍😍.
ReplyDeleteTahun segitu saya dah aktif blogging, tp memang baru sebatas dengan blogger Indonesia. Itupun dah banyaaaak yg tak aktif, ada yg sudah meninggal juga.
Jadi blm kenal lah dengan kak MA ini. Saya pikir tadi MA mummy ayu 😄.
memang best if dpt jumpa kwn2 blogger f2f selps lama kenal mesra di alam maya
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!