Gambar throwback masa hantar Encik Suami ke Miri untuk pertandingan KIK 2 minggu lepas. Time tu pagi Ahad, Kakak Iman dan Awan tusyen, so yang ikut hantar ke airport cuma Abang dan Alan je. Masa tu ingatkan nak breakfast di luar tapi Encik Suami terus menghala ke airport. Nak tak nak terpaksa la cari sarapan di airport.
Sampai je terus ke Sarawak Kopitiam Cafe di arrival level, barang-barang semuanya hand carry je. Sekali tengok harga menu, ya ampun. Dapat makan 2 mangkuk laksa kalau breakfast di kedai biasa. Isk isk.
Sekali menunya siap, sekali lagi terkejut. Portionnya besar!! Memang boleh makan 2 orang. Nasi lemak pun sama, guna beras Bario lagi tu. Ok ok, boleh diterima akallah. Lagipun airport kan, memang harga diorang up up lagi.
Baiklah, nasib sedap dan banyak. Puas hati jugak lah.
Puas hati si nombor 2 dan nombor 4 ni makan. Tapi tak bagitau pun dengan Awan kami breakfast di airport. Cumanya dia macam tau-tau je, dia yang tanya makan apa tadi masa hantar Ayah. Hehehe.
10 Comments
makan kat airport ni apa je yg tak mahal kan.
ReplyDeletenasib baiklah banyak dan sedap. kalau tak sedap tu...
Airport semuanya mahal tapi kalau sedap takpe berbaloi dgn harga
ReplyDeleteMakanan di airport pun sedap sedap juga.. tapi harga airport la hihii
ReplyDeleteberselera 2 beradik tu mkn
ReplyDeleteBesar juga portion tu jenuh nak habiskan.
ReplyDeleteAlamak.. mujur Awan tak tanya kenapa tak tapaukan untuk dia.
ReplyDeleteDari sekian banyak airports di banyak negara yg saya pernah visit dan makan di dalamnya, bandara di Hanoi masih yang TERMAHAL harganya 🤣🤣🤣🤣. Malaysia , even Singapura masih murah.
ReplyDeleteYg di Hanoi nih, dah lah pakai USD, kami pesan 1 beef pho, 3 set ayam burger king, total semua USD 113 😂😂😂😂😂
Cukup tahu lah. Tak nak memang makan situ lagi hahahah
Harga air sangat kayangan ye. ha ha ha
ReplyDeletewaa beras bario tu...so far tak pernah mkn laaa...rege kat airport memang standard gitu dah
ReplyDeleteKak SA pernah makan nasi dari beras bario tu...sedap..dh macam.makan nasi dagang...biasa la airport..apa je yang murah kat situ...
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!