Keputusan UPKK 2025

Result UPKK tahun 2025 dah keluar hari Rabu lepas. Bila bagitau si anak minggu lepas result nak keluar minggu ni dia macam takde perasaan je. Hihihi. Macam tu kot budak laki. Tapi abangnya lagi lah takde perasaan.

Awan dapat 4A, 5B. Ayah Ibu bangga dengan Awan. Ibu tau Awan struggle nak tulis dalam jawi, tapi u did it! Tak ada C, D, E pun dah syukur alhamdulillah. Janji ilmu fardhu ain tu sampai dan jadi amalan kehidupan. Lagipun begitu usaha, begitulah yang kita dapat. Alhamdulillah, tahniah Imran Mudzaffar anak Ayah Ibu. Paling tak sangka dia kata, "sik sangka Bahasa Arab dapat B bu, sebab Bahasa Arab paling susah, kamek pikir kamek dapat D atau E." Dia sendiri pun tau kemampuan dia. Anak oh anak.

Anak-anak lelaki Ibu ni semua takde pergi tusyen untuk UPKK pun, sebab diorang taknak. Saya pula tak nak jugak nak push bila anak tak nak. Lainlah kakaknya dulu, memang dia sendiri request nak tusyen bahasa Arab untuk UPKK, dan perempuan biasalah lain sikit kehendaknya kan. Alhamdulillah, si kakak dulu straight A's. Sampai sekarang lah si kakak masih 'berlagak' sebab dia masih pegang rekod straight A's UPPK dalam adik beradik. Tahun ni si bongsu Alan pulak duduk UPKK. Semoga dipermudah semuanya untuk Alan tahun ni nanti.



Ada majlis pengumuman keputusan UPKK 2025 pagi tadi, yang dapat 9A hingga 3A dapat sebouquet stationaries. Terima kasih semua guru, ustaz & ustazah di SKSP atas bimbingan dan didikan kepada anak-anak batch 14. Insya Allah tahun ni akan berjuang lagi untuk UPDLP.




Post a Comment

21 Comments

  1. Tahniah Awan.
    Semoga terus cemerlang ya🥰

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..tahniah Awan.. anak² Linda pun pergi kelas tambahan yang sekolah buat je..takde lah yang lain²..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih auntie.. ok la tu ada kelas tambahan, sekolah awan kelas kafa je

      Delete
  3. Hebaaat Alan. 👍👍.

    Memang anak perempuan nih lebih inisiatif dan biasa lebih tekun kak. Sama dengan anak saya. Tak payah dibimbing, nilai2 dia memang cemerlang . Kalau adiknya wajib diguide, kalau tak, ambyaaar lah semua nilai 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita fanny... yg pempuan x payah cakap... yg lelaki kita kena duduk sama belajar dgn dia

      Delete
  4. waahh tahniah Awan! haah tp mmg betul kalo gegerls lain sikit rajinnye ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih auntie.. betul kakaknya lain, adik² lain, raikan perbezaan... anak² ada kelebihan & kelemahan masing²

      Delete
  5. Tahniah awan. Budak lelaki ni kadang banyak main dari belajar.

    ReplyDelete
  6. Tahniah. Semoga terus cemerlang di masa akan datang.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dan Tahniah Awan

    ReplyDelete
  8. tahniah Awan! hebatlah tu dapat A dgn B je :D

    ReplyDelete
  9. tahniah atas kejayaan tersebut...anak-anak yang rilek jak ya maksud ada EQ tahap tinggi..EQ kadang-kadang lebih penting daripada IQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih uncle.. benar juak ya, EQ management pun penting juak

      Delete
  10. Alhamdulillah... Tahniah... UPKK nie start bila ya? Adik2 sy tidak pernah pula ada result UPKK nie sebelum2 nie...

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!