Hai, assalamualaikum! Salam 2 Ramadan. Macam mana puasa semalam? Harap semuanya berjalan dengan lancarlah ye.
Hari ni saya baru masuk ofis, Isnin kerja, Selasa-Rabu cuti umum, Khamis cuti rehat. Saja ambik feel 1 Ramadan. Dan posting-posting setiap hari bermula Selasa tu semuanya scheduled post. Baru baca hari ni. Maaf ye tak sempat blogwalking masa cuit-cuti hari tu.
Terima kasih walaupun saya tak 'jenguk muka' di blog korang, korang tetap jugak datang komen di sini. Ada beberapa soalan di komen yang saya perlu jawab secara pukal.
Saya baru search di Tiktok tadi, ada jual di Tiktok, boleh search Mee Lee Fah Sarawak. Harap-harap membantu ya Shai.
Rasanya macam mee maggi kari jugak la tapi rasa lain sebab jenama lain kan? Susah jugak nak describe rasanya. Ada jual di Tiktok, boleh search nanti ye Dana.
Memang jenama local dari Sarawak ni, kalau kat Tiktok ada kak, hehe.
Game Pokemon Go ni kak, patung-patung tu AI je semua.
Iya, Encik Suami saya masih main game ni. Biasalah ke sana ke mari memang akan cari si Pokemon yang rare.
Saya tak pernah try nak booking kak, hehehe. Ya, di PJ, Petra Jaya. Hehehe. Bukan Petaling Jaya kak.
Diharap soalan-soalan sahabat semua terjawablah ye. Selamat berpuasa semua.
.png)
12 Comments
Selamat menyambut Ramadan. Semoga dipermudahkan urusan ibadah sepanjang bulan mulia ini.
ReplyDeleteSalam ramadhan buat kak Amie di LD
Deletewaahhh bestnyaaaa kakmim ambik cuti sempena 1st ramadhan.. Ana kene keje sampai sabtu hehe
ReplyDeleteBertabah la ana.. kami skrg cuti mid sem, student cuti dpt la cuti sekali
DeleteMasak apa hari ni Kakmim? PH dok merayau di alam maya cari idea hihi
ReplyDeleteJawapan di entri terbaru PH.. hehe
DeleteNak cuti .tapi, tak boleh selfish.. hahaha..partner tak dapat cuti raya, jadi kita kasi dia cuti puasa..hihihi
ReplyDeleteBiasalah keja hosp mmg kena byk kompromi.. nasib baik dkt ofis husband ada yg raya ada yg krismas.. so cuti raya mmg xde halangan cumanya nnt hujung tahun selalu x dpt nk cuti pnjg sbb bg chance member pulak cuti krismas
Deletewahh terus sekali go jawapannya haha... Selamat Berpuasa kak
ReplyDeleteAkak cuti seminggu. Balik kampung dan sambut ramadan. Bila dah balik kg emmm memang ke laut dalam le blog. hehehehe Selamat berpuasa Mim
ReplyDeleteHari Khamis minggu lepas pun ramai kawan-kawan cuti sempena 1 Ramadhan.. akak pulak tak terfikir nak cuti.
ReplyDeleteMZ pun dh lama tak buat segmen soal jwb ni...ni pun baru nak setelkan BW slow2
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!