Takde Idea Nak Masak Apa

Semalam hari pertama sekolah selepas cuti seminggu. Last week masa cuti sekolah, lengang je jalan. Balik jam 4 petang, 4.20 dah sampai rumah. Heavennya. Tapi semalam?? Hmmm...

Balik kerja jam 4 (fleksi ramadan) tapi Iman balik sekolah 4.30. Macam tak guna jugak la keluar awal, tetap lambat sampai rumah. Cikgu pun satu, bulan puasa gini ikutlah waktu office hour jugak. Ataupun bagi je lah modul untuk homework, tak payah la kelas tambahan bulan puasa gini. Huhu. Semalam sampai rumah dah jam 5. Fenat, jalan semua penjuru pun jem. Semua manusia balik awal. 

Semalam saya masak lauk sardin je. Nasib mak ada bagi kari sotong untuk Alan. Alan ni bukan minat sardin pun. Kami 5 beranak bertambah-tambah pulak makan walaupun telur dadar yang Iman goreng tu secoet je rupanya. Bila rezeki berkat, lauk-lauk macam ni pun dah cukup sedap dah.


Seriously hari ni saya belum tau lagi nak masak apa untuk sungkei.



 

Post a Comment

11 Comments

  1. Lauk sardin dengan telur dadar pun dah best. Kadang yang simple tu lagi menambahkan berat badan. huwaaaaaa

    ReplyDelete
  2. bdk jrg sgt suka menu sardin...nanti kita share entry menu berbuka puasa utk bg idea kot2 bole masak utk berbuka puasa nanti

    ReplyDelete
  3. sedap pula kari sotong tu...eh, banyak nya rasa nak masak time weekend nanti.. hahaha

    ReplyDelete
  4. Kmk gik akit alak mikir apa pakai sahur esok huhu

    ReplyDelete
  5. memang ada masa kita kekeringan idea nak masak apa.

    ReplyDelete
  6. Meriah lauknya.... kalau dana mau sejenis lauk dengan sayur je hehehe

    ReplyDelete
  7. Hahaha memang mood puasa + sekolah + balik kerja ni memang buat kepala pening sikit 😅 Jalan jem, timing semua berantakan... Memang betul tu, bila rezeki dah berkat, lauk simple pun terasa sedap dan cukup.

    ReplyDelete
  8. Betuuuul. Company memang bagi pulang cepat saat ramadhan. Tp masalah nya kalau semua company kasih hal yg sama, ditambah pula sekolah juga, sama saja, akan jammed juga 🤣.

    Makanya dulu, sat masih kerja kak, saya tetap buka puasa di kantor. Krn percuma kalau saya pulang cepat. Tetap tak akan bisa sampai sebelum magrib. Macet. So buat apa kan... Better buka di kantor, sholat magrib dulu, baru saya pulang.

    Teringat ada sardin di rumah, nak buat sardin santan macam resep KA 😄

    ReplyDelete
  9. MZ time tak de idea nak masak apa--suruh mr hubby beli lauk kat bazar ajer then MZ masak nasi ajer hahhah setel!

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!