Hujung Minggu Gantung Kuali

Hujung minggu ni langsung gantung kuali. Sabtu dan Ahad! Hari Sabtu memang dah plan pun balik je semua dari tusyen akan terus gerak ke Aeon Mall untuk shopping raya dan berbuka di luar. Tak sangka pulak sampai jam 4 petang di Aeon, banyak jugak tempat dah fully booked. So kami decided ke Seoul Chicken, syukur masih available. Dan menu hari tu menu ala-ala Korea lah. Walaupun bukan preference Ibu tapi at least ada nasik, on je lah.

#theIMANs sukalah menu macam ni. Ayam goreng Korea, inoki, nuggget semua ada. Ayah order kuaytiaw sup daging.

Memandangkan dah booking dan bayar, kami ke Seoul Chicken pada jam 6.30 petang. Wah, ramainya! Penuh! Tak sangka jugak penuh. Tapi ada jugak meja yang beduk dah bunyi pun belum lagi dapat order. Kami alhamdulillah, sampai je meja dah penuh, tapi itulah kueytiaw sup tu dah tak panas, kalau panas lagi sedap. So far berbaloi sungkei di luar sebab licin. Pengurusan Aeon pun terbaik, siap ada pengumuman waktu berbuka puasa. 

First time sungkei luar.

Hari Ahad pulak dah booking awal di Tuk-Tuk Metrocity so rilek-rilek je. Tapi memang langsung tak ingat bergambar sebab meja penuh. Air, nasi, lauk, botol air dari rumah lagi, tak selesa takde space so henfon pun memang duduk dalam beg je. Lagipun Tuk Tuk on radio Sarawak.fm so tak perlu nak on apps radio dari henfon untuk tau masa berbuka. Setel makan, cepat-cepat balik, maghrib di Shell dan terus balik ke rumah. Sempat la diorang jemaah isyak di masjid di rumah. Begitulah hujung minggu gantung kuali kami.

 

Post a Comment

11 Comments

  1. Biasanya hujung minggu shopping sambil buka di luar.

    ReplyDelete
  2. Ada pengumuman camtu senang dah tau masuk waktu berbuka. Tak dengar azan mula la tertanya2 dah berbuka ke belum walaupun jam kita dah azan.

    ReplyDelete
  3. best bila dpt iftar kat luar heheh tak pyh sepahkan dapur dan pinggan mangkuk gitu

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah. peluang yg sentiasa dinanti namun sejak 3tahun kebelakangan ini tidak pernah lagi dinikmati. hahaa~
    iols masak kak, ketagih dok kat dapor sejak pintu dapo baru cat ni, hiii~

    ReplyDelete
  5. Syok bila tak payah masak, rezeki dapat shopping dan berbuka di luar. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. Weekend memang ramai berbuka di luar, lepas membeli belah raya kan. Seronok sama2 keluarga.

    ReplyDelete
  7. Aiiih sama macam di sini, semua mall penuh masa berbuka 😅😅😅. Itulah yg buat saya tak sanggub berbuka diluar kak. Sampai skr belum ada buka di luar.

    ReplyDelete
  8. Puasa lagi kan..tak apa jimat tau bulan ramadan..

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!