Maka Berpindahlah Kita

Bye Bye Rumah IMAN. 

25 Ramadan 1447H bersamaan 15 Mac 2026 bermulalah new journey kami anak-beranak di rumah baru, yang tak jauh pun. Perumahan area belakang rumah lama je. Tapi barang-barang still masih lagi ada yang tinggal di rumah lama, plannya balik sekolah biar abang lepak sini. Weekend masa diorang mengaji di masjid, boleh lepak sini jugak.

Alhamdulillah jumpa lori sewa yang affordable dan sangat memudahkan. Mula-mula dah survey jugak, ni antara yang quotation termurah, RM450 sekali manpower. Dah la tak berkira, sebab kami mintak tolong untuk hantar daun pintu ke rumah lama, owner okay je. Alaaa on the way nak balik je pun.

Walaupun manpower cuma 2 orang tapi kerja nampak mudah. Nampaklah berpengalaman. Baru saya tau angkat barang-barang besar dan berat ada skill tersendiri.

Dan akhirnya sungkei pertama kami di rumah baru pada 25 Ramadan.



Post a Comment

23 Comments

  1. wah beraya di rumah baru ye? alhamdulillah. letih juga tu berkemas bulan puasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah LM.. nnt lepas raya sambung lagi.. hehe

      Delete
  2. tahniah kak min dah masuk rumah baru. beraya di rumah baru kite tahun ni ye

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah tumpang happy utk kakmim sekeluarga. Best la Raya tahun ni, sambut di rumah baru la agaknya ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp anak-anak keboringan, sebab geng xde lepas tu internet pulak hampeh.. hehehe

      Delete
  4. Alhamdulillah...seronok dah masuk rumah baru... Nasib pindah tak jauh sangat..kalau tak, lagi mahal lah rate lorinya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih ulang-alik lg umah baru-umah lama linda, kalau ada benda tertinggal drive ke umah lama pastu lepak lama sbb nk kejar internet.. area umh baru unifi x masuk lg

      Delete
  5. Alhamdulillah dapat sambut raya kat rumah baharu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, penat 5 tahun dah bayar free tp x jugak pindah, ni berbaloi la jugak

      Delete
  6. Alhamdulillah Kakmim dpt beraya di rumah baru. Suasana pun nampak selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah idaman hari tua, setingkat je, tp masih menyesuaikan diri sbb ruang x byk mcm umah lama.. hehehe

      Delete
  7. wahhh bestnya dapat berbuka dan beraya di rumah baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, ada best ada yg x best cie.. hihi

      Delete
  8. Alhamdulillah...seronok sambut raya di rumah baru...

    ReplyDelete
  9. selamat beraya dirumah baru.. new house new vibe ✨

    ReplyDelete
  10. tahniah kakmim, masuk rumah baru.
    cantik!

    ReplyDelete
  11. cantiknya rumah baru mim! congratsss

    ReplyDelete
  12. Waaah bagusnyaaaa, pindah juga akhirnya ya kak. Raya pun dah di rumah baru berarti kan.

    Kalau dapat pekerja Movers yg tak berkira begini, memang bersyukur sangat.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah dapat beraya di rumah baru.

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!