Menu Pot Luck Sungkei

Rupanya ada jugak yang tak tau "SUNGKEI" ni apa ek? Kesian Uncle penat dia gugel. "Sungkei" ni maksudnya buka puasa dalam bahasa Sarawak. Saya harap Uncle dah tau dah ye. Hehehe.

Semalam Sabtu, adik ajak sungkei kat rumah dia ramai-ramai. Dapat la jugak mak dan bapak merasa teraweh di masjid kejiranan kami pulak. Dan macam biasalah kalau berkumpul kami biasa potluck je. Tengok saya masak apa? Hehehe.

Juadah sungkei potluck saya masak yang simple-simple je, udang goreng kunyit dan sayur sawi. Lepas tu buah semangka. Dipotong kiub ala-ala hotel. Kikiki.

Untuk moreh pulak, kami bawak Roti John Lawas dan tepung bungkus. First time jugak nak merasa tepung bungkus ni. Kuih asal dari Kedah kata orang kedai. Oh ya kami beli di kedai roti canai bukan dari bazaar. Kiranya ni menu hari-hari dijual la, cumanya saya tak pernah try tepung bungkus di situ je.

Lepas teraweh family bonding sambil moreh semestinya aktiviti wajib. Cerita la topik random macam-macam. Pasal bacaan imam masa teraweh la, pasal budak-budak di masjid la, pasal anak-anak buah la, macam-macamlah. Macam lama tak jumpa je padahal tiap hari pun jumpa dan chatting di whatsapp.

Dan first timer merasa tepung bungkus. Saya suka. Yang putih tu lemak-lemak masin kemudian inti kelapa tu pulak manis-manis gulapong. Balance rasanya. Bau aroma daun pun sedap. Approved!

Ada sedikit balance udang selepas dibahagi dengan adik untuk bersahur, kita convert ke nasi goreng udang pulak. Pun sodap. Sendiri masak sendiri puji la, apalagi. Hahaha!








Post a Comment

16 Comments

  1. Kesian uncle. Hihi. Cie memang tau sebabnya ramai kawan Sarawak. Mereka selalu guna perkataan sungkei tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ramai kwn² sarawak confirm tau.. hehehe

      Delete
  2. Dulu berbuka dan sahur je. Sekarang banyak istilah saya dengar macam sungkei, moreh iftar. Ada lagi istilah lain tak. Apa pun menambah perbendaharaan kata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, skrg org suka guna iftar.. ala-ala arab sikit... moreh tu pun kami di sarawak br 2-3 tahun ni jugak la guna... sampai ada moreh street tahun ni kat sini.. jadi meriah aktiviti mkn² lepas terawih

      Delete
  3. Berjumpa bertentang mata dengan dalam whatsup lain dia punya aura. Sebab tu akak kalau balik kampung mesti ajak kakak-kakak memeriahkan rumah aruah mak di kampung. Sementara masih ada hayat ini. Kadang sambil membersihkan rumah kampung sambil bersembang mengenang memori lama. Kadang sambil makan pun bercelotehnya yang lama. Seronok dia lain macam kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila makan pun rasa ada peraduan makan je.. berebut-rebut je makan dgn adik-beradik... hehehe

      Delete
  4. Tepung bungkus ni pun peberet. Kalau dapat yang putih lemak dan intinya tak manis sangat memang sedap. Selain daripada tu kuih nagasari. Kuih anak dara sebilik ni semua jenis berbedung daun pisang. Masuk peti sejuk makan sejuk time berbuka. aduhaiiiiii pagi lagi dah citer menu berbuka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul-betul... tepung balut putih tu mmg buat teringat kat nagasari... nagasari mmg favourite sy kak tp tu lah ssh jugak nk jumpa

      Delete
  5. Tepung bungkus tu sedapnya, sini kadang susah nak jumpa yang sedap jugak. Roti john kat sana elok tak comot ya rotinya. kalau kt sini rata-rata mesti banyak sos nya tak berapa suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. roti john depend kt org jual jugak, kat bazaar comot byk sos, sy x suka byk sos.. yg ni ok sikit rotinya pun sedap, roti buat sendiri katanya

      Delete
  6. MZ pun tak tahu hahah bila baca entry ni baru tahu!! tp ejaan tu seiras ejaan sungkai ie nama tempat kat perak

    ReplyDelete
  7. baru tau juga sbb aritu google juga hehe...tepung bungkus tu fav tp jrg jmpa org jual

    ReplyDelete
  8. Orang Kedah hadir 😁
    Kuih tepung bungkus tu antara kepakaran arwah my mom. antara kuih wajib time berbuka dulu² masa arwah Mak ada.. sayang PH tak belajar ilmu buat kuih ni :(

    ReplyDelete
  9. kak Mim pun panggil semangka... ingatkan bahasa jawa..semongko.. hihihi..
    first time suami linda sebut, semonggo... apo la orang Taiping nie.. kalau sungkei tu dah biasa juga, sebab memang dari U ada kawan dengan orang sarawak, masa kerja dekat pejabat lama pun ada orang sarawak juga..

    ReplyDelete
  10. Sama macam komen Linda.. dulu arwah abah panggil semongko dari bahasa Jawa.
    Sungkei tu akak dah boleh agak perkataan berbuka.
    Face to face lagi best 😁

    ReplyDelete
  11. Sayapun sebenarnya baru dengar kata sungkei saat baca blog kakak. Tapi saya bisa tebak artinya setelah membaca semua 😁.

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!