Menu Simple-Simple Lepas Raya

Assalamualaikum!! Selamat hari raya!! Hari ni saya baru masuk ofis. Lamanya tak BW melawat blog kawan-kawan. Al-maklumlah line internet agak slow di area taman baru. Merasalah line hilang datang. Kalau yang guna Umobile, lagilah, tak ada line langsung! Hihihi. Begitulah, area baru. Kalau saya, tenang je tanpa internet. Bila tak ada Unifi memang lah, Encik Suami tak atur lagi line internet kat rumah baru, lepas tu dia sendiri juga stress tak dapat nak buat kerja ofis.

Korang dah start puasa 6 ke? Saya belum lagi. Sebab tu nak cerita bab makan ni. Hehehe.

Seminggu beraya, ayam, daging, kambing itu je lah menu utama. Time macam ni memang tercari-cari menu yang simple-simple. Ikan bilis goreng ke, makanan rebus/pindang ke, makanan tin ke, sedapnya kan? So menu dinner malam tadi, sambal pecah telur, campur kacang panjang dan kentang goreng. Walaaa!! Sedap & sold out!


Kentang dipotong wedges, goreng dan ketepikan. Tumis bawang dan cili sampai pecah minyak, masukkan garam dan perasa. Kemudian, pecahkan telur, saya letak sebiji je pun, bila telur dah separuh masak, hancur-hancurkan dan masukkan kacang panjang dan kentang yang telah digoreng tadi. Gaul-gaul dan siap!!

Next, sambal sardin, saya guna sardin Adabi. Tumis cili dan bawang, Masukkan sardin. Kebetulan ada daun limau purut, kita masuk je la. Ah siap!

Ui, sedapnya lauk sardin lepas raya. 



 

Post a Comment

14 Comments

  1. Slmt hari raya maaf zahir batin.
    Utk mim sekeluarga

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya.. belum mula juga puasa 6.

    ReplyDelete
  3. Alahaiiii baru je order kari sardin adabi. Boleh buat lauk buka lah

    ReplyDelete
  4. Sama kita, lekak raya masak lauk simple2 jak. Tang pandei lejuk indah makan manok dgn daging koh 😅

    ReplyDelete
  5. Salam 11 Syawal. Selamat kembali bekerja.

    ReplyDelete
  6. Selamat kembali bekerja. Menu simple2 je sedap. Ikan bilis goreng memang ngam la makan dengan nasi putih je.

    ReplyDelete
  7. Eh.. Sedap nya lauk kentang tu.. Boleh cuba juga la nanti...

    ReplyDelete
  8. Kemahen raya sakan ya.. cuti macam budak sekolah 😁
    Makanan simple lepas raya memang yang dicari-cari.

    ReplyDelete
  9. Baru nak mula puasa 6, tapi esok dah ada jamuan raya... Dana sangat tergoda dengan tumis kacang tu, sedap la nengoknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe, lusa sambung puasa lg.. lauk simple tp senang

      Delete
  10. Bila sesekali masak menu simple macam ini, memang bertambah nasi.. Idea gak ini.. menarik untuk dicuba..

    ReplyDelete
  11. Baru ni n kak SA pun buat sambal sardin...sedap betul makan...bosan dh makan lauk2 ayam, dagibg, kambing segala..

    ReplyDelete
  12. semua pun sedappp tuuu! MZ suka sardin cuma my boys plak tak suka sardin

    ReplyDelete
  13. Ok JD ide saya masak sardin, kebetulan msh ada 😍😍😍. Cuma saya kalah maak sardin nih, tak ada yg makan. Cuma saya, sebab yg lain tak suka sardin dalam kaleng

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!