Lama dah tak update menu berbuka sebab tak masak. Hehehe. Alahai, sejak masuk minggu ke-3 Ramadan terus turn off terus mood masak. Asyik booking lauk dari jiran je. Jiran ni pun satu, setiap pagi dia akan update menu jualan dia, kita ni pulak bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Tapi so far lauk dibeli semuanya habis, kira ngam-ngam la untuk makan masa sungkei. Kekadang ada masak yang simple, beli jugak lauk untuk sahur. So sahur takdelah memerah otak nak fikir menu sahur lagi.
Semua menu tunjuk-tunjuk je, kecuali sup tulang yang mak bagi. Baru je terasa nak makan sup tulang, mak balik dari KL terus buat sup tulang. Sup tulang banyak, bagi 2 untuk sungkei & sahur. Jadi terbanyak pulak menu semalam, alhamdulillah.
Korang pulak macam mana? Mood memasak maintain ke?
8 Comments
Asam pedas tu nampak sedap :)
ReplyDeleteMana yang mudah je KM... tak payah pening² mikir nak masak apa. Kalau yang ditunjuk tu sedap, beli je.
ReplyDeletemood masak masih on cuma takde idea je.
ReplyDeletemasih menten masak sampai habis ramadhan. byk menu kakmim. alhamdulillah.
ReplyDeleteMZ kira kerap jugaklah memasak sepanjang rmdn sbb biasa2nya MZ jrg masak2 laaa
ReplyDeleteOh tentu tidak 😂😂😂😂. Selama ramadhan kemarin saya lebih sering beli drpd masak. Pas raya, tak masak samasekali Krn kami ke rumah om dan Tante yang di-tua-kan, lalu ke rumah sepupu saya.jadi memang makan raya di sana 😄.
ReplyDeleteUrusan masak ini bukan fav saya kak. Kalau bisa beli, beli saja 😄.
Sup tulang kena dengan sambal kicap wah menambah
ReplyDeleteSedap betul nampak semua lauk pauk tu
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!