Alhamdulillah saya baru mula semalam, puasa ganti dan puasa sunat Syawal. Meriah lauk untuk sungkei hari pertama. Tapi main menu ayam masak merah dah masak sebelah malamnya. Bulan Syawal ni je dah 3x repeat buat ayam masak merah. Masih tak jemu lagi. Rendang daging pula dah 2x masak. Layan je la dah Encik Suami request.
Yang masak sampai rumah petang semalam kacang panajng masak lemak dan sawi masin tumis telur je. Hehehe. Alhamdulillah.
6 Comments
Alhamdulillah....selamat berpuasa..akak baru start hari ni insyaallah sampai Khamis...lepas tu sambung Isnin sampai Rabu...Jumaat ni ada majlis raya company...Sabtu plak ada open house rumah aunty sebelah suami...Ahad kot kalau akak nak start balik...tengok keadaan macam mana
ReplyDeleteSedapnya ayam masak merah Kakmim. Semua menu pun sedap. Thanks for sharing info puasa Syawal dan puasa ganti.
ReplyDeleteselamat berpuasa...akak dh selesai lastweek
ReplyDeleteYa Allah.. rajinnya KM merendang sampai 2 kali di bulan Syawal.
ReplyDeleteAkak suka makan rendang tapi buatnya malas huhu... agaknya setahun mungkin sekali atau beberapa tahun sekali.
banyak fahaman bab ganti puasa & puasa 6 ni. boleh je digabungkan dengan niat puasa ganti dulu baru la puasa 6. kalau asingkan pun boleh je digalakkan. kita nak mudah sekalikan je sebab nak kejar puasa 6 bulan syawal tu. orang perempuan biasa la cuti la apa la kan.
ReplyDeleteDulu-dulu rasanya bayar yang wajib dulu baru buat sunat. Jenuh ler nak buat hingga habis raya. Tapi kemudian ada terbaca masa kita buat wajib pun boleh juga niat untuk sunat. Jadi keduanya dapat. Wajib dah bayar habis dan sambil tu sunat bulan syawal pun dapat.
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!