Sila Sambung..

Menulis blog ni boleh jadi me time & healing time jugak sebenarnya tau. Itulah tujuan asal orang tulis blog dulu-dulu kan? Untuk curhat. Benda yang kita tak terluah, kita luahkan dalam bentuk kata-kata di blog. Dulu-dulu orang buat blog tanpa tau siapa sebenarnya penulis blog tu. Secara tak langsung kita pun akan tulis je apa yang kita rasa nak luah, tanpa risau orang nak judge kita. Tapi sekarang lain sikit dah, kita tulis blog untuk menjana pendapatan pasif. Daripada tak ada apa-apa kan, ada lah jugak seposen dua. Begitulah.

Bercerita pasal ragam manusia di sekeliling kita, untuk lebih spesifik yang boleh dikatakan rumah no 2 kita sebab kita meluangkan masa lebih daripada 1/3 daripada 24 jam di ofis. Macam-macam peelnya. Cuba korang kenalpasti ada tak yang tersama dan terpesen dengan orang di sekeliling korang.

1. Duit Syiling

Ada yang depan kita cakap lain, depan orang lain pulak cakap lain. Depan kita kata tak setuju, tapi depan bos dialah yang terpaling setuju. Bahaya orang macam ni. Kita ingat dia support kita, rupanya tak. Macam duit syiling. Cuba korang baling duit syiling ke lantai, ada 2 muka yang berlainan kan?

2. Acah-Acah OKU

Orang lain tengah sibuk buat sesuatu, ada sejenis spesis yang tak hirau langsung dengan apa orang-orang di sekeliling dia buat. Nak kata pekak, tak, nak kata buta, pun tak. Tapi dia buat-buat tak nampak, buat-buat tak dengar. Teringin nak jadi OKU agaknya. Biarlah kawan mati tertimbus kertas di sebelah entah-entah dia buat tak sedar je kot.

3. Teknofobia

Spesis ni susah nak menerima perubahan teknologi. Tapi sebenarnya dia bukan takut apa pun, malas je sebenarnya. Padahal teknologi ni lah yang nak bantu kita memantapkan tadbir urus kita. Ni sikit-sikit takut, sikit-sikit tak pandai, bagitau je lah malas nak belajar, nak mengelak daripada buat kerja.

Apa lagi ek? Korang sambung di komen, nanti saya update di sini. Hihi

Gambar tak ada kaitan.

 

Post a Comment

1 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!