Tadarus & Majlis Khatam Quran Ramadhan 1447H

Throwback cerita 24 Ramadhan hari tu, sehari sebelum officially berpindah ke rumah baru, #theIMANs ada majlis khatam quran di masjid. Kesian si kakak, tahun lepas pun masa khatam dia ABC, tahun ni pun sama. So tak adalah gambar dia khatam di masjid tahun ni.

Alhamdulillah, Iman, Irfan, Imran dan Idlan berpeluang join tadarus di masjid area rumah tahun ni, macam tahun-tahun lepas jugak.

Tahun ni tak ramai sangat peserta tadarus. Setiap malam balik lambat jam 11.


Doorgift majlis khatam, #theIMANs dapat duit raya juga RM50 seorang. Duit raya pertama diorang.

Alhamdulillah, Awan Alan dapat bertadarus di masjid dan juga di sekolah. 

Peserta tadarus & khatam quran SKSP Ramadhan 1447H. 

Majlis khatam quran di sekolah Kakak dan Abang pada 21 Ramadhan. Dapat lagi duit raya RM20.

Semoga tahun depan semua anak-anak Ayah Ibu dapat join tadarus dan khatam quran lagi. Ibu teringin jugak nak join tadarus di masjid tapi segan. Hihi.

Sumber gambar semua dari FB page sekolah dan juga grup khatam masjid.









 

Post a Comment

2 Comments

  1. Telur berwarna merah tu dulu aruah mak buat bunga telur masa majlis adik lelaki Bersunat. Sekarang tak pernah lagi jumpa orang buat macam tu kecuali sekarang di serawak ni.

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada semua peserta tadarus dan khatam Quran tahun ini :)

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!