Hari ni ambil cuti gantian yang kerja hujung minggu bulan 10 hari tu. Kalau tak guna terus, nanti lupa. Jaranglah saya nak kumpul kang lupa lepas tu burn pulak. Rugi woo!
Bila cuti dapat la lunch bersama-sama anak beranak. Lagipun ko-kurikulum pun dah habis, takde dah stayback hari Rabu. Setel je pick up semua #theIMANs dari sekolah, kami pun mencari port untuk mengisi perut. Disebabkan Iman dari semalam asyik berzikir nak ayam gepuk, nak ayam gepuk, so kami pun ke Q Cafe di Metrocity. Ini pun atas recommendation dari cikgu tusyen diorang. Teringin jugak la nak try.
Q Cafe ni sebenarnya branch terbaru kedai Q Nasi Kukus yang terletak di Metrocity jugak. Depan belakang je pun kedua-dua kedainya. Ownernya orang Kota Bharu yang berkahwin dengan orang lelaki Sarawak. Kalau ore Kelate di Kuching confirm tau Q Nasi Kukus ni. Kedainya selalu jer penuh dan nasi kukusnya memang terbaik rasa asli Kelate gitu.
Cantik IDnya, tapi malas nak snap banyak-banyak kat dalam.
Inilah sebabnya kami ke sini, Along (cikgu tusyen diorang) bagitau ayam gepuk Q Cafe sedapppp. Saya tau kenapa sedap, sebab kat sini tak pakai sayur kobis. Q Cafe guna bayam crunchy, memang sedap! Dan lain dari yang lain!
Budak yang tak makan sayur pun suka bayam crunchy ni.
Berbaloi tunggu lama sebab sedap. Kami order 4 ayam gepuk, 2 set roti bakar dan mee kari.
Saya tak rasa nak makan nasik sebab tu order mee kari, dan sedappp! Memang mee kari ori Semenanjung style. Sebab selalunya mee kari versi orang Sarawak bukan macam ni ya.
Ada telur separuh, udang, kerang, isi ayam, sawi, tauge, fishball, dan tauhu. Tidak dilupa limau kasturi untuk diperah. Dapnye. Kuahnya pun sedap dihirup begitu saja. Portion mee banyak dan yang bestnya bawang goreng pun crunchy. Bukan yang instant tu tau, yang digoreng sendiri. Kalau bawang goreng instant awal dah saya akan letak tepi. Huhu.
Harganya macam ni lah, standard cafe macam Richiamo. Kek slice pun ada jugak di sini. Tapi menu berat tak banyak choice lagi. First time makan kat sini, ongkosnya RM117.00. Itupun order air standard je, lemon tea dan teh tarik. Hihihi. Weekday sebenarnya kami jarang makan luar sampai beratus gini. Hahaha.
Bagitau Alan, tak boleh selalu makan sini. Dia suka kedai-kedai berekon macam ni. Sejenis yang agak "premium" tak macam abang-abang dan kakaknya yang on saja tak memilih tempat. Special occasion boleh la. Tapi vibe sini memang soothing, aircond sejuk, tak bising, ada lagu ala hotel. Hahaha. Staf pun manis-manis je muka serve kita.
Nanti tahun depan kami ke sini lagi aok. Daa..







6 Comments
mee kari ada kerang fav..ayam gepuk fav anak
ReplyDeletesedap nmpk mee kari tu...
ReplyDeleteWah, ni ayam gepuk easthetic ni. Instagrammable sangat food plating dia. Cuma tak best tu dia siap-siap letak kicap kat nasi. Ohh bayam crunchy lah pulak. Macam belum nampak lagi yang set dengan bayam crunchy, mostly guna kobis samada mentah atau goreng je. Betul-betul sedap tu sampai pembenci sayur pun boleh makan sayur bayam crunchy tu. Mi kari pun nampak sedap betul. Nampak macam mi bandung versi telur rebus pun ada.
ReplyDeleteLangsung lapaaaaar lihat mi karinya kak 😍😍😍. Aaaah, memang teringin sangat lah eksplor Sabah Sarawak tahun depan 🤩🤩. Walau yg ini bukan makanan asli Sarawak , tapi terlihat sedap juga.
ReplyDeleteWah sedapnya nampak bayam cruncy tu
ReplyDeletesemua nampak sedap! btw, ayam gepuk MZ mkn kerap jugak sbb ada dijual kat cafe dlm UIA, harga murah sbb rate student, tp memang sedap la rasa dia
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!