Blog Performance Report - 1/12/2025

Dah 1 Disember dah. Dah boleh menghitung hari untuk ke tahun baru 2026. Tergerak hati untuk check performance report untuk blog lepas jenguk di blog Mummy Ayu jap tadi. Rasanya dulu pernah buat jugak tapi lama dah, tahun 2021.



Semak Prestasi Blog di Laman Web gtmetrix.com

Sebelum ni pernah buat di https://gtmetrix.com/ ni, mula-mula result pada tahun 2021 dulu tak memberansangkan so lepas tu tukar template blog then barulah dapat A.

Tapi tahun 2025 ni drop pulak ke B. Kena intervensi ke tak ni? Eh dah macam pemuafakatan dengan guru kelas anak pulak dah. Hehehe.

check performance blog
Dapat gred B laa wak. Usaha lagi tau untuk mendapat gred A

Laporan Terperinci

Berikut ialah laporan terperinci. Saya tak faham sangat pun, rasanya loading time untuk load blog ni kan? Berat ke ringan ke, lama ke sekejap ke nak loading.

check performance blog
Ada hijau, mungkin ok agaknya. Yang kuning mungkin kena berjaga-jaga. Agaknya lah.


Tips Untuk Blog LEbih Cepat Loading

Kalau tengok laporan ni, kena kurangkan penggunaan Javascript, font dan image rasanya. Correct me if I'm wrong. Tak belajar pasal semua ni, malas nak tanya ChatGPT. Kalau tanya, mesti panjang huraiannya kan? Kalau sesiapa yang rajin lepas ni, lepas check performance, boleh la tanya details dengan ChatGPT.

check performance blog
Fully loaded time 4.2 saat. Cepat ke lambat? Nanti komenlah ye.


Page View Untuk November 2025

Last but not least, PV untuk November 2025. Syukur je masih ada yang nak jenguk blog ni walaupun on off je posting dan blogwalking. Nanti bulan 1 nanti, start busy balik dah. Bulan ni boleh lagi la kot nak tambah lagi posting-posting untuk memperbanyakkan entri tahun 2025. Hihi.

Kesimpulan

Apa tunggu lagi, kalau takde idea nak update apa hari ni, check la blog performance korang di https://gtmetrix.com/ dan buat entri berkenaan prestasi blog untuk tahun 2025. Rajin-rajinkan diri ya!! Selamat bertugas untuk hari ni. Saya ada KPI yang nak disetelkan hari ni. Daaaa~




 

Post a Comment

15 Comments

  1. Dah lama tak check.. nk pi check skrg la..
    Dah la blog Aini lama tak aktif.. huhu
    harap bln ni dan bulan seterusnya kembalik aktif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka-suka boleh la pi check aini.. utk motivasi spy terus blogging

      Delete
  2. Kira baik tu dapat B dan tak ada merahnya. Lama dah tak check GTMetrix ni. Keep it up KakMim! Saya malas nak tengok. Kang tak pasal nak kena edit itu ini. Mata dahlah tak boleh nak tengok coding-coding ni. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak mls la nk edit lg fiza.. redha je lah 😅

      Delete
  3. hebat2 semuanya ni..tahniah.. eh, kakmim template baru ke?

    ReplyDelete
  4. Lama tak datang sini. Wajah baru blog Kakmim. Saya view blog kakmim guna hp, laju jer load. Saya takut nak check prestasi blog. Nanti² la dulu, bila free boleh terjah.

    ReplyDelete
  5. Kak SA dh buat...nantu nak buat balik la..prestasi blog akak B jugak...ada yang akak x fhm tentang reault tu..nanti akak buat entry...thanks sharing..

    ReplyDelete
  6. Tahniah dapat B.
    Nanti bnoleh dapat A pula.

    ReplyDelete
  7. sy x penah check blog🤣🤣🤣 yg sy tau update je

    ReplyDelete
  8. tak pernah check, maleh den.
    update pun... maleh. halaaahaiii~ apa nak jadi si Syasya ni.
    rasa nak remove tiktok la, begitu melekakan. (ada kena mengena gak ni) menyebab tak update blog.

    ReplyDelete
  9. wahh.. macam-macam rupanya boleh check pasal blog ni 😁

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!