Review Salar Mee Tarik, Kuching

Dah Disember dah kan? Dah nak ke penghujung tahun 2025 dah. Entri ni akan cover cerita dari Oktober hingga November. Hehehe.

Salar Mee Tarik

First time kami cuba makan di Salar Mee Tarik ni pada 12 Oktober 2025 yang lalu. Sebelum ni tengok review dari member je di Whatsapp Story, kalau tak, tak tau jugaklah kewujudan kedai Cina muslim ni. Kedai ni di area Sarawak Plaza, di deretan rumah kedai. Kedainya agak luas ke belakang, kita pun boleh tengok chef-chef menyediakan tempahan customer di kitchen sebab mereka buat open kitchen style.

review salar mee tarik
Parking pun senang cari di sini, park depan kedai pun ok. Kalau time weekend area ni memang tak berapa ramai, tapi kedai ni ramai je orang. Yang ramainya orang kita jugak lah, type M.

Order Guna Kod QR

review salar mee tarik
Kedai ni kita order melalui kod QR. Kalau kita send order, memang dengar notification masuk di kitchen. Paling best di sini ialah air free flow ye, tapi sirap dan chinese tea je. Sebab tu lah agak senang bila kita order walaupun menggunakan QR sebab ak perlu order air. Air tu nak repeat ambik berapa kali pun tak kisah la. Chinese tu pulak nak minum panas boleh, nak sejuk tambah je ais. Semuanya self service. Budak-budak apa lagi, memang diorang suka la ambik-ambik sendiri macam ni.

Menu Untuk First Timer

menu salar mee tarik
First time kan, kami tak order banyak. 4 menu je untuk 5 orang. Masa ni Iman taknak ikut keluar makan. Mee tarik kat sini, memang sedap!! Dan portion banyak giler. Nasib tak order sorang satu.  Kami order 2 jenis mee tarik sup. Supnya sedap!! Lepas tu order mee tarik ala-ala mee goreng. Pun sedap nak nangis. Tapi itu la tak screenshot order so tak ingat nama menu. Last menu kami try nasi putih ayam kung phao. Sedap wooo, kacang banyak, capsicum banyak. Lauk ayam banyak daripada nasi putih, memang puas hati.


Makan berlima.

Kali Kedua Makan di Salar Mee Tarik

Kali kedua ke sini sebelum saya travelling di Putrajaya, 2 November 2025. Macam biasa beli jiwa lah dulu kan? Kali ni dah agak bijak sikit, screenshot menu supaya next time dah tau nak order apa dah.


menu salar mee tarik
Kali ni order 1 je mee tarik sup, 1 nasi dan 1 mee tarik yang jenis flat, ala-ala fettucini pulak. Tapi rasanya sangat 'content.' Tak tau nak cakap, memang rasa mee tarik, bukan rasa kuey tiaw eh. 

menu salar mee tarik
Nasi dan daging & kentang tu sangat sedap gais. Suka rasa capsicum tu, kena gigit daging dengan capsicum baru rasanya ummphh. 


Berlima lagi tanpa si sulung

Peminat mee tarik no syatu si bongsu ni


Kali Ketiga Makan Di Salar Mee Tarik

Semalam kami ke sini lagi, nak repeat nasi putih yang dengan daging & kentang tu. Craving betul, sekali dengan nasi kung pao tu. Ah, kacangnya krup krap je makan dengan nasi dan ayam. Mee tarik sup macam biasalah, wajib order. Dan kali ni kami order laddu ayam jugak sebagai side dishes. Kali ni berenam ya, kehadiran penuh 6/6.

Kehadiran penuh, Iman first time dine-in di sini


Pertama Kali Order Chicken Fried Dumpling di Salar Mee Tarik

Encik Suami pula since day-1 ke sini nak order set dumpling. Tapi tak berani nak order sebab takut tak terhabis. Bila si kakak pun ada, makanya baru tercapai hajat di hati Encik Suami order fried dumpling ni. Rupanya nama melayunya laddu ayam. Hehehe.

menu salar mee tarik
Order kami bila berenam, semakin bertambah dah. Next time kena try lagi set dumpling yang steam atau sup pulak. Ah, sedapnya, cicah dengan chilli oil aduhh, nikmat tak terkata.

menu salar mee tarik
Walaupun fried dumpling tapi tak berminyak langsung, tak tau lah cara masaknya letak atas pan je atau masuk dalam oven ke. Tapi awas tau bila makan sebab isi ayam kat dalam masih panas. Tapi makan panas-panas memang sedap.

Suka benar dia dumpling goreng ni, memang dia sorang je menghadap dan menghabiskan laddu ayam ni.


Nasi Dan Lauk Kegemaran di Salar Mee Tarik

Rasanya boleh la kot saya declare menu favourite saya di sini. Tadaaa... satu untuk saya, satu untuk Encik Suami. Saya yang paksa dia order ayam kung pao. Nanti adillah 2-2 jenis menu dapat merasa. Kung pau dapat, braised beef with potato pun dapat. Puas hati lah makan semalam.

menu salar mee tarik
Banyakkan lauknya, siap boleh ratah lagi bila kehabisan nasik.


Rezeki Dapat Makan Percuma

Dan yang paling bertuah, bila Encik Suami nak pergi bayar di kaunter cashier, cashier bagitau dah dibayar. Hmm... mesti mertua adik (parents Farah) yang bayarkan. Kebetulan masa masuk kedai terus nampak mereka tiga beranak, salam-salam dan tegurlah diorang. Tak sangka pula rezeki untuk kami anak-beranak semalam. Bila confirmkan dengan maknya Farah, alhamdulillah dia nak berkongsi rezeki katanya. Terima kasih orang-orang baik, semoga Allah gandakan lagi rezeki mereka sekeluarga.

Bila pulak nak repeat lagi ek? Mungkin sebelum hujung tahun 2025 akan ke sini lagi rasanya. Hehehe.



Waktu operasi Salar Mee Tarik adalah seperti di bawah:

waktu operasi salar mee tarik

Alamat:

Salar Mee Tarik
Ground Floor, No 161, Jalan Chin Ann, Kuching
(Berdepand dengan Nuromen Cafe)




















Post a Comment

24 Comments

  1. Mi Tarik ni kalau makan rasanya macam sama je rasanya.....saya suka mi tarik.....kalau ada dumpling pun saya pesan juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp mee tarik kedai ni mmg sedap.. dah l kita boleh nmpk diorang tarik mee tu di kitchen

      Delete
  2. klu dah banyak kali repeat maknanya sedap bangat ni...
    rezeki tak salah alamat...Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Portion byk berbaloi dgn harga jugak, air free flow x perlu nk fikir nk order air apa.. hehe

      Delete
  3. Kedai makan kalau senang parkir tu salah satu faktor yang orang suka datang makan. Mi tarik ni jarang tak sedap kan. Dia macam tak macam mi lain. Pandai Alan pakai chopstick ye.
    Nampaknya semua serba sedap buat datang lagi dan lagi. Makan ramai-ramai tu yang lagi berselera tu. Ada je tukang perhabiskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee tarik tu semangkuk mmg x boleh mkn sorang.. mmg kena share.. ye, sbb selalu mkn sushi jd expert dh guna chopstick

      Delete
  4. Kak SA suka mee tarik...x kisah la yg berkuah atau dry...laddu ayam tu pun sedap....lama x makan mee tarik ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nnt weekend kalau dating boleh la kak mkn dgn dania dan encik suami

      Delete
  5. belum pernah makan mee tarik.. banyak kali repeat maknanya sedap la tu.. nampaknya kena cari jugak mee tarik kat tempat saya.. mesti hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mee tarik ni selalunya owner mmg cina muslim.. pernah mkn yg di putrajaya dulu

      Delete
  6. Mujur kat seberang laut, kalau ada di sini mesti terjah dah. Repeat banyak kali ni mesti sedap.

    ReplyDelete
  7. Suka dumplings kalau ke kedai Mee Tarik. Nampak sedap semuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sedap di anak tekak kami sekeluarga kak 🤭

      Delete
  8. aduh... tertelan air liur saya dibuatnya..

    ReplyDelete
  9. penah tgk org review psl resto ni kat TT... nampak sedappp dgn portion yg besar...

    alhamdulillah... ada org belanja😀

    ReplyDelete
  10. kalau mee tarik, selalunya memang mee nya di buat from scratch, tu yang rasa lain macam mee @ kuewtiau yang kita beli tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu.. kat sini kita kitchennya open so boleh la tgk

      Delete
  11. waduh udah jadi peberet ni kedainya. Tenguk pun sedap apa lagi dapat makan.

    ReplyDelete
  12. Memang betul² sedaplah ni, bila asyik repeat je kan...
    Alhamdulillah rezeki Kakmim sekeluarga. Semoga bertambah berkat rezeki buat mertua adik 🤲🏻

    ReplyDelete
  13. mesti mi tarik tu handmade kan kakMim? nampak nice sgt.
    dumpling tu, sampai je hari ni tak reti nak masaknya. janji masak dlm nya ya udah. tapi sedap.

    ReplyDelete
  14. Kalau dah sedap memang akan repeat lagi.
    Harga nya pun taklah seram sangat.

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!