Dating Sebelum Puasa

Cuti sekolah je dapat makan berdua dengan Encik Suami. Hari tu la sebelum cuti raya cina, saya dah bersiap nak balik makan tengah hari di rumah. Tiba-tiba Encik Suami call ajak lunch sama. Baiklah, bukan selalu. Terus whatsapp Iman bagitau Ibu tak jadi balik rumah. Pandai-pandai dialah serve adik-adik dia di rumah hari tu. Ibu Ayah dating makan di kedai nasi padang. Hehehe.


Senarai menu dari kiri ke kanan:

1. Kuah rendang (sebab dagingnya dah habis)
2. Kari ayam
3. Sayur nangka masak lemak
4. Sambal tempe berkacang
5. Bergedil
6. Ikan kembung goreng balado

Lama juga tak makan di sini. Alhamdulillah, kenyang sampai ke malam. Bagi saya takdelah sedap mana pun, tapi Encik Suami suka. Saya kalau ke sini memang tak miss ambik bergedil. Selalunya ada lauk sotong masak kuning, tapi kali ni tak ada pulak, dia ganti dengan udang. Tapi saya tak berapa suka udang kecil. Hehehe.

 

Post a Comment

7 Comments

  1. PH pun kalau jumpa begedil, jarang tak ambil. Suka sangat

    ReplyDelete
  2. Sesekali dapat dating kan... kalau idok ada bodyguard hehehe

    ReplyDelete
  3. Tak pe sesekali kena dating juga. Kalau nasi padang kat bukit tinggi pelbagai lauknya. Sedap sesekali layan kalau tiap2 hari emmm jemu.

    ReplyDelete
  4. wah...seronok dating.. linda pun tak pernah makan nasi padang nie

    ReplyDelete
  5. waaa bestnya dating!! sehari sblm 1 ramadan tu MZ kuar mkn2 jugak dgn my boys dan my kakak ie masa MZ balik kg

    ReplyDelete
  6. Dah lama x makan nasi padang...bulan puasa ni mmg x dan la nak cari..lepas raya nanti la....nak rasa makan kat Bumbu Babah...

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!