Tahun ketiga bersama Mr Grey, baru kali pertama servis berbayar. Sebelum ni 2 tahun servis percuma sebab masa beli Mr Grey ni dulu dapat sekali servis percuma 2 tahun. Setahun 2 kali je servis kereta ni, so last servis percuma hari tu masa bulan Julai 2025.
Nak servis di Eon Automart ni memang senang, kalau lupa pun mereka akan send reminder. Lepas tu kita reply je bagitau kita nak book bila, tarikh dan masa terus nyatakan sekali. Mudah.
Sampai di center pun terus kena entertain, staff akan assist kita bagitau expected time untuk servis, dan anggaran payment. Lepas servis, ada servis cuci percuma jugak, tapi yang ni option lah sebab kadang-kadang customer nak cepat so lepas servis nak terus balik. So far memang takde stress lah nak servis di sini.

3 Comments
Selalunya servis pak Hitam sabtu ahad tapi ambil pagi sebab perut lum isi. Jadi sementara tunggu pak Hitam kita servis perut dulu. ahaksss
ReplyDeleteLega dah bila selesai servis.
ReplyDeletebaguslah cuci free.. kat honda tempat akk, cuci luar, dalam, engine RM28. Tapi ok lah kot sebab cuci engine sekali. Biasa kalau hantar car wash, cuci luar dalam je, RM10.
bestnya bila dpt service kete free ajer...berbayar tu memang adat laaa bila pakai keta! my baby T pun nak kena gi rotate tayar dh tu lagi 1k+ mileage
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!