Tamat Sudah Pakej Servis Kereta Percuma

Pakej Promo Mitsubishi

Dulu masa decide untuk 'tambah hutang baharu' kereta, kebetulan juga tengah promo servis 2 tahun percuma untuk Mitsubishi Xpander. Promonya akan dapat pakej free maintenance & service selama 2 tahun. T&C mileage untuk 40K km atau 2 tahun, yang mana datang dahulu. Wow, teruja jugak. No wonder banyak je Xpander on the road time tu. Sebelum ni dah 3 kereta dengan Perodua, yang keempat boleh la try Mitsubishi pulak.

Term & condition promotion.

Servis Percuma Terakhir

Akhirnya, servis percuma terakhir untuk Xpander kami ialah pada 1 Ogos semalam. puas hati jugaklah dapat servis free untuk 2 tahun pertama ni.

Bakal dicop untuk kali terakhir. Ambik awal gambar sebelum dicop kat situ. 

Major Service

Servis 40K ni ialah major servis. Service advisor yang bernama Hafiz cakap major servis ambil masa 3 jam! Puan nak tunggu ke? Tanya Hafiz. Ya, kami tunggu, jawab saya. Nak cuci kereta tak?, tanyanya lagi. Tak perlulah, mesti lagi lama kalau cuci kan, nak ambik anak-anak sekolah lagi. Itu jawapan saya pada mulanya. Lepas bagitau Encik Suami bla bla, dia cakap kita balik je lah, nanti lepas solat Jumaat kita ambik. So saya bagitau lagi dengan dak Hafiz tu, kami tak jadi tunggu, nanti ambik kereta pukul 2 setengah. Okay! Jawab Hafiz tersenyum. Saya proceed cuci kereta ya, tambah Hafiz. Boleh, kata saya. Kereta memang tak berapa nak bersih pun. Hihi.

Booking Grab

Encik Suami pun booking Grab, RM17.50 terus sampai rumah. Saya cuba tengok aplikasi Grab di henfon saya pulak, RM16. Saya cakap proceed guna akaun Grab saya je lah. Hahaha. Seringgit je pun kan? Tapi taknak rugi jugak. Dasarrr 🤭😂

Sekejap je terus dapat driver dan terus status on the way.

Cepat-cepat saya ke belakang tengok Mr Grey. Dah nampak. Ok lar tu dia dah masuk queue dah. Boleh balik dengan senang hati. On time sangat.

Batery Health 62%

Jam 11 macam tu tengah bersiap nak ambik #theIMANs di sekolah, dak Hafiz mesej bagitau result battery test. Recommend untuk tukar bateri baharu katanya. Tapi bateri tak free.

Batery bealth 62%. Saya proceed tukar sebab ada plan nak road trip ke Bintulu-Miri nanti.

Harga bateri RM327.25. Simpan sini senang nak refer balik nanti. Kalau kena bayar semua, nak cecah 1K jugak servis kali ni. Huhu. Next time tak ada dah percuma ek. 😅











 

Post a Comment

13 Comments

  1. Kereta kena service ..agar tahan lama beraksi dijalan raya, tak apa duit bila2 datang rezeki ni luas, kereta apapun kena service bila tiba masanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, servis on time kereta akan tahan lama.. Selepas ni kalau servis kena bayar dah, 2 tahun ni servis x perlu bayar, FOC.. hihi

      Delete
  2. bila servis ...jangka hayat bertahan tu kuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Servis 40K 1/8 next servis mac tahun depan

      Delete
  3. Untung dah tu 4x service dah free. Pakai kereta camtu la kan time kena service tu melayang la ratus2.

    ReplyDelete
  4. tamat sudah servis percuma selama 2 tahun. lepasni mmg kena ready duit tiap kali nak servis huhu. membela kereta ni gitula, duit banyak perabis xD

    ReplyDelete
  5. Ammi kereta yg sedia ada ni 1st car kami. Dah tua dah pun kereta tu. Sebelum ni kami bergerak dgn kereta company je

    ReplyDelete
  6. Arwah ayah pesan jangan sesekali ambil mudah dengan servis kereta. Ikut jadual supaya tahan lama Insyaa Allah.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dapat menggunakan free service 2 tahun sebaiknya. Seronok kalau hantar service ni dapat tengok dari cermin. Dapatlah tengok progressnya tu. Kalau tidak menunggu je sampai siap yang entah tak tahu bila siap, dah masuk giliran ke belum.

    ReplyDelete
  8. Sama macam Toyota , dulu pas beli Krn ada service gratis juga. Tapi skr dah THN ketiga dah tak gratis memang 😄.

    ReplyDelete
  9. Jarang pula jumpa Xpander grey colour. Biasa nampak merah/maroon.

    ReplyDelete
  10. Akak baru aje melayang terbang duit pasal kereta, renew roadtax dan insurance, tukar tayar, tukar gearbox...adoiiii....duk rumah je la lepas ni...x leh nak jenjalan...

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!