Follow Us @soratemplates

13/12/2018

Happy 10th (Tin/Aluminum) Anniversary!

December 13, 2018 0 Komen

Awal bulan lagi dah menghitung hari tapi bila dah 13hb
Boleh pulak terlupa hari yang sangat istimewa ni.. hiks

Masa nak gi keja.. masuk dalam keta.. tetiba Whatsapp masuk
Rupanya si dia antor mesej... wish anniversary
Apuuu... baru teringat.. ampunkan saya penunggu gua 😜

Yup.. tahun ni tahun ke-10 kami dah bersama melayari bahtera rumah tangga
Cheh..ayat tajuk cerekarama lah sangat
Orang kata 10 tahun pertama agak 'sakit' ek?
Kot la.. mungkin betul
Ye la.. dengan anak² tengah membesar lagi
Tetiba kena PJJ pulak.. memang macam²

Tapi dalam pahit ada jua manisnya
Sedangkan lidah lagi tergigit
Gaduh memang biasa.. yang tak pernah gaduh tu sebab tak berkomunikasi kot
Hahahaha
Ada ke suami isteri tak bergaduh?
Gaduh² manja la
Bukan gaduh sampai lontar² barang
Sepak terajang
Maki hamun
Tu semua tak normal tu
Nehi.. nehi.. jangan itu macam lorrr

Alhamdulillah.. kami beginilah seadanya
Nak kata makin kaya tak.. miskin pun tak
Kaya anak.. mungkin ya
Wakakaka πŸ˜›



07/11/2018

Kurang Gula Dalam Darah atau Hypoglycemia

November 07, 2018 0 Komen

Hari nih saya dan mak ke hospital, melawat 2 nenek sedara yang sakit. Sorang baru keluar dari ICU sorang lagi masih tak sedarkan diri selepas terjatuh. Memandangkan kat SGH memang susah bangat nak dapat parking so saya dan mak decide ambik Grab. SO saya pegi ofis mak dan tinggalkan keta kat situ dan kami ambik grab dari situ.


Timing memang cun sebab kami sampai memang dah masa melawat. Mulanya kami melawat makcik yang tak sedarkan diri. Doktor dah sahkan brain dead tapi siapa tau kan ada miracle di situ. Hari ni hari ke-4 dia tak sedarkan diri. Semoga diberikan syifa untuk nenek saudara saya, Wa Ji Sah.


Ok done melawat Wa Ji Sah kami melawat Nek Su pulak. Mereka di tingkat yang sama. Alhamdulillah Nek Su dah semakin sihat cuma masih dalam pemerhatian gula. Gula masih on off, sekejap tinggi sekejap rendah. Sembang punya sembang, tetiba saya rasa mengantuk amat sangat dan menguap. Menguap sambil mata pejam rapat, macam lain jer rasa. Kepala pun terasa berat, mata dah berpinar-pinar. Adeh deh... macam rasa lepas turun bukit bulan 8 hari tu jek. Badan pun dah mula berpeluh-peluh. Pandangan makin pudar, kepala makin berat. Saya bagitau mak, rasa macam nak pitam je. Nak muntah pun ada. Terus diorang suh saya duduk di kaki Nek Su atas katil tu. Mintak gula-gula kat mak sebab tau mak mesti ada stok gula-gula dalam handbag. Ya betul, tapi nak bukak bungkusan gula-gula pun rasa tak larat. Tangan dah rasa kebas-kebas dah. Mintak tolong mak bukakkan dan barulah rasa ok sikit bila gula-gula masuk mulut.


Oh, ya.. sebenarnya saya berpuasa hari ni. Ganti puasa hari yang ke-2. Semalam berbuka tak makan banyak, tak ambik air manis jugak. Malam pulak langsung tak makan apa-apa. Sahur pulak dengan air masak je. Hmm... sebab tu saya sendiri tau saya rasa macam tu kerana kurang gula!! Tau salah sendiri. 


Nasib baik ambik grab kan. Memang masih tak selesa rasanya nak drive. Kuar je dari wad terus beli 100 Plus dan pau di Hospimart. Cukuplah dulu untuk menampung air dan glukosa dalam badan. 


Nasib tak pengsan kan?? Kalo pengsan memang menyusahkan orang lain lah pulak. Ok now kita cerita pasal hipoglisemia k.


Apakah Hipoglisemia??

Hipoglisemia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Tetapi kebanyakan pesakit diabetes yang mengambil insulin juga sering mengalami masalah ini. Hipoglisemia terjadi apabila paras glukosa dalam darah jatuh terlalu rendah berkemungkinan kerana beberapa sebab tertentu. Antaranya ialah:

  • Menggunakan terlalu banyak insulin(bagi pesakit diabetes)
  • Makan terlalu sedikit, makan terlalu lewat atau kerana tidak makan langsung
  • Menggunakan tenaga untuk melakukan kerja berat melebihi tenaga yang dibekalkan oleh karbohidrat yang diambil.
Bagi kes saya, kerana saya berpuasa dan tidak bersahur.


Simptom Hipoglisemia
  • Merasa lapar
  • Jantung rasa berdebar-debar
  • Kepenatan dan letih lesu
  • Penglihatan menjadi kabur
  • Hilang fokus
  • Berpeluh dengan banyak
  • Menggigil
  • Sakit kepala
  • Kulit berwarna pucat dan rasa sejuk
  • Pertuturan menjadi tidak jelas
Bagi kes saya, semalam memang saya rasa penat dan mengantuk sangat padahal duduk depan komputer je pun di ofis. Simptom lain memang ada semasa di hospital tu kecuali pertuturan kurang jelas.

Cara mudah merawat Hipoglisemia

Apabila anda atau ahli keluarga anda mengalami tanda awal hipoglisemia, anda disarankan untuk mengambil 15-20 gram gula glukos atau karbohidrat ringkas.

Cadangan cara segera untuk menghilangkan simptom Hipoglisemia:
  • Minum air buah-buahan/ air kotak yang manis
  • Mengambil setengah tin minuman ringan
  • Mengambil dua sudu teh gula pasir
  • Makan snek yang manis
  • Menggosokkan serbuk glukos ke gusi
  • Makan gula-gula manis
*Tanda-tanda hipoglisemia akan beransur hilang setelah anda mula makan.

Lepas ni memang fobia rasanya tak ambik makanan manis. Saya memang jenis tak minum air manis sangat. Saya memang lebih ke air suam. Nak tak nak dalam sehari kena jugak ambik minuman manis selepas ni. Takut pulak tetiba datang hipo lagi. 😭







12/03/2018

Day 12: My Shoes

March 12, 2018 0 Komen

Lamak dah sik da kasut favourite.. yang nyaman dipakei... santai
Dan yang penting rasa muda πŸ‘§
Hahaha πŸ˜‚

Murah jer kasutnya
Beli di Cotton On
Kotor.. basuh.. kotor... basuh
Kotan tek sayang nak buang
Nak carik yang kedak ya agik blom jumpa gik
Ada jumpa ala² ya tapi bertali
Encik Suami madah.. carik yang sik bertali nyaman kitak makei
Main rasok ajak
Aoklahhhhh

Maka.. lom ada kasut k berjalan yang nyuruh mak anak 4 rasa muda
Ahahaha.. silakan tetak besar πŸ˜‚πŸ˜πŸ˜‚

11/03/2018

Day 11: Flowers

March 11, 2018 0 Komen

Selalunya perempuan sinonim dengan bunga
Tapi.. saya sik berapa minat bunga
So sik tauk nak cerita apa pasal bunga

Post pun dah lambat
Macam sik sempat jak nak curi masa
Malam pun gia.. ingat nak update tapi dah tertido πŸ˜€

So pendek cerita kitaaaa....

10/03/2018

Day 10: Close Up

March 10, 2018 0 Komen

Gambar 2 minggu yang lepas.
Close-up pipi si abang kena ramus si adik.
Tedah abang.. kalah juak oleh adik.
Mala jadi mangsa adik.
Tujuan gambar diambik sebab nak mereport dengan nenek sidak πŸ˜‚πŸ˜‚

09/03/2018

Day 9: Something New

March 09, 2018 0 Komen
Apa yang new nektok?
Macam sikda jak
Yang terbaru dapat jemputan jadi Exco PIBG
Dan saya sahut cabaran ya
Ya jak lah kot
Lain² macam samaaaaaa jak
Mendatarrrrrr jak

Kenak saya nerimak cabaran ya tek?
Ngenang.. apa sumbangan saya tok dengan komuniti
At least ada juak sumbangan untuk anak² di sekolah

Pasya..
Sokongan dari bapak kesayangan juak
Nya madah.. macam kitak orang tok
Mun ada chance nak join aktiviti pakei masyarakat, join jak
Masuk PBB kah.. erkk πŸ˜•

PBB? Memang tak lah.. hahaha
PIBG jadi lah
Ada juak sumbangan dengan anak² sekolah
Pengorbanan masa? Belom tauk lagik
Insya Allah.. akan dibahagi juak sama rata

Doakan Kakmim k πŸ’ͺ😍


08/03/2018

Day 8: Childhood Memory

March 08, 2018 0 Komen
Bercerita kenangan masa kecik.. rasanya sik akan pernah abis
Tapi cerita yang selalu dicerita dengan anak² ialah cerita saya masa cuti sekolah
Dolok mun cuti sekolah sik pernah lekat di umah
Time tok zaman sekolah rendah
Awal pagi dah bangun... mandik.. pegi ngaji
Ngaji mun dapat turn no 1 ya lah paling best
Tapi walaupun turun paling awal tapi saya juak yang salu balit aher
Kamek orang ada geng yang akan nolong Guru dengar miak ngaji
Sebab umah Guru mek orang nang rami miak ngaji
Mun sikda urang nolong... siktauk lah kol berapalah sidak nak abis ngaji 😁
Lepas abis nolong Guru.. miak dah balit semua... geng kamek orang akan bersapu rumah gik
Yah... rindok ati berkawan² bah
Guru ada berjual sidak jajan juak.. mun ada miak berbeli kamek orang juaklah nolong
Bizi nak? πŸ˜‚
Dah berkemas bersapau Guru ngajak minum pagi
Lepas minum berbasuh gik lepas minum tek
Pasya baru balit umah... dalam kol 10-10 sengah pagi gia
Lom abis gik aktiviti koh πŸ˜€
Balit umah sekadar nak makan tengah hari
Selalunya nolong bapak berpotong sayur
Kenak bapak?
Bapak saya keja syif so memang masa banyak ngan Bapak
Mak keja.. hehehe

Dah makan... kemas umah lok
Pasya turun umah Guru agik
Belajar tahtim gik
Tauk sik tahtim?
Ala.. mun urang khatam quran ya.. ada urang macam nasyid ya.. haa... ya lah tahtim
Bizi bah team mek orang
Mun cuti sekolah nang tiap minggu dibook urang
So di umah Guru nang ada jadual umah yang akan dipengilan
Kekadang Guru pilih juak sapa yang pegi sapa yang sik
Sebab ada juak mintak sikit jak urang.. so sik dapat nak diembak semua πŸ˜…
Abis tahtim... pas Asar... sambung ngaji agik
Hahaha... masa cuti sebolah ngaji 2x sehari bah
Rindok ati

Ari Sabtu salunya akan pengilan umah urang khatam tek
Kiranya macam raptai lah tek
Ari minggu baru ari sebenar

Gialah cuti sekolah saya dolok
Tok zaman darjah 4 darjah 5
Nang best jak rasa hidup
Sikda benda lain dipikir

Darjah 6 saya dah pindah dari kampung
Diam di perumahan sik meriah diam di kampung
Dan darjah 6 pun dah stat gago kelas tambahan di sekolah
Nak UPSR
Nang tiap ari kelas tambahan
Balit sekolah jalan kaki gi umah nenek
Hehehehe

Ya lah antara childhood memory yang saya suka cerita ngan anak²
Sebab sik merasa jalan kaki ke sekolah
Berujan berpanas
Pasya bermain di umah urang
Makan minum umah urang.. nang mancai jak rasa πŸ˜„

Sikda nemu gambar lain masa gik kecik
Tok jaklah nemu di FB 😎


Tapi sik ingat juak berapa umur masa dalam gambar ya
Mun sik 4.. 5 tahun kali
Saya dan kazen saya.. biak setahun jak mek 2
Nya pun antara yang kompom ada dalam childhood memory saya 😍

Ya jak lah kot cerita zaman gik kecik
Banyak gik cerita lain
Main di sekolah
Gugok parit
Mintak derma Joggaton
Macam²lah... hehehe πŸ˜€

06/03/2018

Day 6: Favourite Color

March 06, 2018 0 Komen
Nude color
Tauk camne rupanya?



Actually suka gilak kaler camya
Coklat dan setone dengannya
Ok.. ya untuk kasut or baju

Tapi saya salu menafikan kaler yang saya suka
Sebab maok colorful
Sikmoklah asik kaler ya jakjak
Hidup tok mesti ada variasi bah πŸ˜‚
Dan.. semestinya hidup mesti ada pilihan πŸ˜‰

05/03/2018

Day 5: Clouds

March 05, 2018 0 Komen

Dan hari ke-5 bercerita tentang awan.
Hampir terlupa tugasan awan aritok tek.
Pagi dah ingat cuma sekda chance nemu awan yang menarik.
Nasib petang teringat.
Dah maghrib baruklah ada chance nak menyelesaikan tugasan pasal awan.
Dan.. macam ya lah awan masa maghrib tadik di area umah saya.
Subhanallah πŸ˜‹

Awan 1

Bercerita tentang awan teringat seorang blogger suatu masa dolok.
Nya suka gilak ngambik gambar awan.
Dalam entri nya macam-macam bentuk dan rupa awan.
Dan di sebalik awan ada kisahnya tersendiri.
Kisah wife nya.. anaknya.. atau tempat keja nya.
Dan saya ingat agik nickname brother ya tek 'Abah Muda'.
Tapi geng blogger nunggahnya AM.
Entah di mana dan siapa AM ya misteri sampei kinek tok.
Biasalah dolok zaman blog yang sik kenal rupa.
Tapi follow sebab cerita atau kisah di blog sidak.

Awan 2

Awan.
Dari sine datangnya.. 'Imran' jadi 'Awan'
Ya lah nama panggilan anak no 3 saya.
Kekadang 'Awan' kekadang 'Dekwan'
Lucu juak mun dikenang nama Imran pandei jadi Awan.

Awan.
Putih.. bersih.. jak rupanya.
Macam ya lah juam Awan saya tok.
Dalam 4 orang anak.. nangnya paling putih.
Melepak.. dibanding dari abang kakak dan adiknya.
Pelik oo... dah no 3 baru nak mewarisi kulit Ibu πŸ˜‚πŸ˜‚

Awan 3

Part paling best ngambik gambar awan sebenanrnya dalam belon.
Nang macam cotton candy jak mun nasib bagus.. ari bagus πŸ˜‰
Dan..ya jaklah kisah di sebalik awan 😎😎😎

04/03/2018

Day 4: Something You Wore

March 04, 2018 0 Komen
Something you wore..
Hmm... sik semestinya apa yang sedang kita pakei nak?
So saya.. macam dalam gambar lah
Jenis palak simple
Bukan jenis yang suka berfesyen gilak
Simple seadanya
Tshirt & jeans dah nyuruh rasa muda dah πŸ˜‚πŸ˜‚
Oopss πŸ™Š

Tudung? Prefer yang main rasok terus
Dah malas nak bershawl dah
Kecuali terpaksa mun dah sikda yang matching πŸ˜…

Bab fesyen.. bukan bidang saya
Saya pakei barang biasa jak
Jenama sik penting
Janji nyaman ditangga mata koh

Ya jak lah.. nak nyambung lipat baju gik
Biasalah rutin ujung mggu

03/03/2018

Day 3: Something You Adore

March 03, 2018 0 Komen
Well.. well
It's call nyelepat okay
Ari tok saya agak bizi juak
Pagi ke sekolah.. meeting PIBG
Tengah hari ke kolej... ada kursus pendek
Well.. well 😁
Harus cepat before nak punch out tok

Something my adore eh?
Sebenarnya..
Saya sangat mengkagumi orang yang boleh dan bijak berbicara di depan public


Sik kesah lah untuk apa
Berucap kah.. berlagu kah.. berlawak kah
Mungkin sebab saya sik diberik bakat macam ya
Ya lah rasa bestnya mun aku pandei gia gitok

Dan.. dolok masa masih kawan² ngan Encik Suami
Bila berkarok dengan nya
Dan 1st time nya berlagu Broery ya
Hmm... alu rasa wahhh... I like πŸ˜‚πŸ˜‚
Hahaha..ibohlah tetak
Malu iols 😜

Masih rasa maok naip tapi.. dah nak kol 5
Ada date gik dengan sidak 4 di umah
Janji nak pegi Mydin... kih kih kih
Bah.. jumpa agikkkk


02/03/2018

Day 2: Breakfast

March 02, 2018 0 Komen
Hai! Bz saya minggu tok koh
Tapi akan diusaha juak nyelepat untuk meneruskan cabaran 31 Days Challenge
Walaupun bizi tapi bekfes is a MUST!
Mun sik, sik dapat nak bekerja
Manas jak jak ngan urang kelak
Perut kosong bah.. urang dimakan πŸ˜›

Dan kerana kebizian dan keberebutan
Dan pagi tadik pun bangun lambat.. 6 suku baruk sedar
Dah sedar dah kol 5 tapi badan masih kepak dan ngantuk so tidor agik
Nasib baitlah sedar kol 6 suku
Mun sik? Sik tauklah..
Apa yang sempat hanyalah goreng nasik jer ler
Untuk bekal ibu dan anak² 😁

Okay.. jangan kecam
Gambar sikda presentation
Macam dikatakan dari atas tek... bizi dan berebut
Bekfes saya ri tok nasik goreng dan air mati kata urang Serawak
Ya jak lah.. nak goreng telor mata pun sik sempat.. bergaut
Janji ada bekalan untuk molah keja.. biar bertenaga sikit
Nak? Nak?

Bah.. done day-2
Puas ati sik? πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚


01/03/2018

Day 1: You

March 01, 2018 0 Komen
You!
Yes.. you.. oops.. it's me 😊

Aoklah... saya πŸ‘©

Ehem πŸ˜‰
1st of all... intro lok nak??
Sapa saya... hihihi

Kisahnya tek...
Semenjak blogging banyak dah nick yang saya pakei
Masa mula² dolok makei nickname 1. 'nagacute'
Pasya 2. 'Ms Chrome'.. seingatnya tok masih single
Pasya dah beranak makei nick 3. 'Ibu Iman'
Pasya nektok prefer ke 4. 'Kakmim' gik

Bah... flashback lok kitak orang sia
Camne kitak orang kenal saya dolok
Dari nick apa?
1?
2?
3?
4?

Baiklahhh... saya memblog dari muda sampei ke tua koh πŸ˜‚
Kenak saya madah gia?
Sebab dari saya single.. muka berjerawat.. kurus kerin
Sampeilah nektok...
Dah tua... muka berjeragat... dan ada lah juak sikit isik dari dolok 😁
Tapi lom juak tahap gems πŸ˜…

Dolok single... nektok beranak-pinak dah
4 dah anak empunok saya oi
Encik Laki saya nektok nun jauh di melaya nun
Apa kata urang nektok tek? PJJ
Haa.. PJJ... dolok baca jak cerita urang PJJ
Nektok dirik pun dah merasa
Dari tahun 2016 dah berPJJ

Sebab mula berisik blog dolok?
Ya la tek.. konon nya nak pakei kenangan lah
Sebab stat saya crazy gilak ngan blog zaman nak kawen (2008)
Semua checklist tulis lam blog
Pasya dah pregnant gia juak
1st pregnancy jak lah
Lepas no 2 alu kurang
3 dan 4 agiklah.... x ada langsung cerita lam blog πŸ˜‚
Adalah juak kali.. tapi sik banyak
Sik macam kisah pregnant anak bungas kata urang
Sampei Iman 2 tahun gik masih aktif berblog
Lepas ya dah alu kurang dan makin kurang

Ya lah serba-sedikit history saya berblog koh
Dan nektok try balitlah nak aktif agik
Nang mencabarlah juak nak aktif sebab sik banyak masa nak menaip nektok
Ada jak kerja
Keja nektok pun sik macam dolok
Kenak kah dolok macam banyak jak masa nak update blog tok
Nektok.. rasa nyaman gik nak ngepos ke FB & IG kali
Atau.. dah malas dah 😜

Makanya setel cabaran 1 dari Vivian
Ada 30 igek gik cabaran dari nya

 Bah.. apa cerita kitak tek????

Eyh..aoklahhhh
Show off gambar saya anak beranak lok


Bah.. kitak orang yang membaca... dan yang mengupdate blog juak
Selamat berblog kembali semua & semoga rajin berjarah di sitok sebulan tok πŸ˜πŸ˜€
Daaa.. 😘




22/02/2018

21/02/2018

Happy 6th birthday, Irfan Mustaqim!

February 21, 2018 0 Komen
Awas! Ini post terkebelakang πŸ˜€

Since dah lama tak memblog kan.. paham² je lah
Bila dah start balik rasa macam banyak sangat cerita yang nak share
Cerita lama² pun nak share..
Ini semua FB punya pasal lah... kalau FB takde memang semua dah ada dalam blog ni
Hihihi.. Fb plak nak disalahkan kan?

12.02.2018 genap 6 tahun anak lelaki sulung Kakmim (anak ke-2 tapi sulung lelaki)
Irfan Mustaqim nama diberi.
Time bersalinkan si Abang lah Kakmim merasa pengalaman bersalin secara normal
Untuk kali pertamnya!! πŸ’ͺ
Yeahh!!

Tahun ni Abang dah di PASTI bersama adiknya si Imran & 2 orang sepupu.
Macam biasa masa birthday memang akan celebrate di sekolah jer.
Kat umah makan ² biasa jer
Tahun ni 1st time sambut di PASTI
Tahun² sebelum ni di sekolah lama... Tadika Cilik Cerdik

Abang ni jenis bukan demand
Macam biasa kek diorang memang customised
Memang kawan Kakmim yang akan buatkan
Tapi bila ditanya Abang nak kek apa.. kek PASTI pulak
Adoi.. Kakmim memang takde idea dah nak buat kek apa
Last² kek Boboiboy jer πŸ˜€
Kakmim gitau jer dengan Dedek (adik Kakmim) untuk edit nak buat edible image
Bagitau Boboiboy je.. dengan saiz kek
Then.. jadilah edible image untuk birthday Abang

Lepas ambik dari umah BFF Kakmim.. terus jer snap.. nak antor pi skolah


Alhamdulillah.. cikgu pun sporting
Dapat jugak pic masa di sekolah

Abang.. muka jambu.. hihihi

Tengok girl di sebelah.. itulah BFF Abang.. Aya..  Abang & Aya adik beradik susuan
Abang & rakan-rakan di PASTI

4 serangkai yang tak dapat dipisahkan.. dari taska hingga ke tadika masih bersama

Bulan 4 nanti ada lagi celebration di PASTI.
Tungguuuu!!! 😍😍😍😍



Mini DSLR.. konon

February 21, 2018 0 Komen

Sejak di IKN asyik ada event je Ayah Iman.
Best handle event.. katanya.
Kakmim dah lejukkkkkk... kata urang Serawak handle event.
(Lejuk = muak)
Hahaha.. bukan nak melawa.. tapi memang dah jadi dalam skop tugas pun.
(Melawa = menyombong)
😁😁😁😁

Setakat ni memang best lah setiap kali lepas event ada jer souvenir gift yang diorang dapat.
Yang bestnya Kakmim lah yang dapat, bukan Ayahnya. 😜
Dapat gelas Ikea 1 set.. towel Ikea besarrrr.. flask Ikea.. mug Ikea
Rasanya memang perempuan lah yang pilih gift tu.. sebab semuanya taste perempuan πŸ˜€
Benda kecik² tak pandang sangatlah... simpan jer dalam drawer ofis
Yang stok dari ofis pun tak abis pakai.. ni nak pakai yang souvenir pulak.. kih kih kih

Tapi...
The best gift ever.. yang kat bawah ni lah.
Tadaaaa...

DSLR tu... kikiki... mini pun mini lah 16GB

Sayang jer nak cucuk dan pakai 😍
Macam nak simpan jer dalam tu.
Sebab comel sangat
Sampai si bongsu Deklan dah declare dia yang punya
Eh.. Ibu punya lah.. bukan Deklan
Ayah bagi kat Ibu lah.. bukan Deklan πŸ˜‚

Comel kan?

20/02/2018

Should I Ngerepak Dalam Hati?

February 20, 2018 0 Komen
Seorang rakan blogger nak buat comeback. Bukan seorang tapi dia ajak ramai². Komuniti yang dulu² tu. Komuniti blogger Sarawakian. Dan semestinya Kakmim teruja! Kalau tak teruja takdelah letak teaser poster seperti kat bawah sana tu.

Dan.

Kakmim masih tak buat keputusan lagi nak blogging dalam bahasa standard or bahasa Serawak. Kalau BM baku opkos ler skema tahap mahadewa. Kalau bahasa Serawak memang sesuai dengan tagline "Ngerepak Dalam Hati"

Dan.

Masih belum ada idea lagi.

Dan.

Perlukan cadangan.