Kerja Sabtu - Ahad - Isnin Lagi

3 malam berturut-turut, burning the midnight oil! Suka last minute kan, padan muka diri sendiri!

Sabtu - Kursus Creative Content & Video Editing Using Canva
Ahad - Kursus Canva & AI Generatif
Isnin - Slot Pemurnian Template CQI di Bengkel Semakan Item Pentaksiran

Begitulah! Bekorja lah kite sekueknya. Iman pun dah sound, "kamek nangga Ibu mala jak kerja, non stop."

Menjadi seorang saya, sejenis yang kurang suka nak recycle slaid bila mengajar kursus. Kalau boleh setiap kuraus yang saya ajar ada signaturenya tersendiri, walaupun content hampir sama.

Tambahan pula sekarang ni hidup lebih mudah dengan adanya pembantu peribadi AI, apalagi prompt saja, siap. Nampak tak?  Lagilah mudah nak menghasilkan slaid-slaid baharu.

Itulah orang kata, bila kita dah sayang dan cinta kerja kita, memang tak ada masalah pun walaupun terpaksa bersengkang mata. Janji kepuasan itu ada. Apatah lagi bila kita mengajar orang yang betul-betul nak belajar. Hilang semua penat bila tengok hasil kerja yang mereka berjua hasilkan.

Sesibuk mana pun kita. Hidup perlu diteruskan. Selesai kerja, kita bayarlah hutang tidur. Macam biasa dibuat. Cumanya hari Sabtu lepas tak boleh nak santai sangat selepas balik kerja sebab perlu kemaskini slaid untuk hari Ahad. Selesai kursus hari Ahad pula kena tengok pula bahan pembentangan untuk hari Isnin pula. Balik kerja masih perlu menyelesaikan tugasan suri rumah dan masa mode bertukar menjadi cikgu hanya selepas 10 malam iaitu selesai tugasan suri rumah. Haha! Penat tau taip, eh kaki pun penat juga sebab bila mengajar kelas dewasa ni tak boleh nak duduk diam. Kena selalu onda-ronda semasa mengajar.

Kerja di hari Sabtu.

Kerja di hari Ahad.

Karja di hari Isnin.

Penat, fizikal dan mental. Scroll-scroll gambar bengkel hari ni memang muka lesu. Muka tak cukup tidur. Macam kesian pulak dengan diri sendiri. Masa driving balik dari hotel ke rumah tadi pun dah mengantuk sangat. Balik rumah mak sebab nak cepat sampai di rumah, tidur. Dan sampai saja di rumah mak terus lelapkan mata. Aargjhh.. lega.

Tapi, masih ada lagi tugasan yang tak selesai ni. Rabu ni pulak nak terbang lagi. Bulan 11 pun macam sibuk jugak. Aduhai, bilalah nak bermalas-malasan ni?

Kawan-kawan semua temgah musim sibuk juga ke sekarang?

MimSphire | www.kakmim.com
Singgah . Baca . Komen

Post a Comment

0 Comments