Ex-Student Jadi Former Colleague

Ex-Student Jadi Former Colleague

Selalu baca je kisah macam ni, tak sangka pulak berlaku dengan diri sendiri sekarang. Bekas pelajarku sekarang jadi rakan sepejabat. Nampak sangat dah semakin menuju ke era warga emas kan? Ouch, semakin menua lah maksudnya tu.

Sebenarnya saya pun tak ingat ex-student batch bila tapi rasanya zaman saya masih single dulu. Masa saya di institusi pertama saya dulu, mungkin tahun 2007-2008. Baru-baru ni, kami telah dijemput di kolej kami dulu untuk jadi panel penemuduga pelajar Sijil Teknologi Maklumat. Ya, ex-student saya pun alumni STM jugak. Sekarang dah jadi Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di kolej saya sekarang. Dulu-dulu kami memang selalu buat simulasi temuduga untuk pelajar semester akhir, cuma sekarang saya jarang terlibat sebab dah jadi pensyarah bukan bidang di institusi semasa.

Tak sangka pulak dapat bekerja dengan ex-student. Mungkin dulu dia yang 'ditemuduga' tapi sekarang dah jadi team sebagai panel penemuduga pulak. Boleh bincang-bincang lagi pasal budak-budak yang sedang ditemudiga, pasal silibus.

Tadaa.. saya dan bekas pelajar, juga sebagai collegue dah sekarang. Dia di Unit ICT so senanglah saya nak deal untuk task ICT di ofis sekarang. Alhamdulillah, gembira bila bekas-bekas pelajar ramai yang bekerja dalam bidang masing-masing. Belajar IT, bekerja pun bidang IT, dapat masuk kerja kerajaan itu dah bonus! Alhamdulillah!

Kalau tahun lepas, terserempak dengan geng-geng PPTM ni di kedai makan, sekarang salah sorang geng-geng ex yang saya jumpa tahun lepas dah jadi member seofis pulak. Hihi.

Post a Comment

0 Comments