Salam hujung minggu! Hari ni dan semalam dah tusyen balik. Hujung minggu lepas je free takde tusyen. Hajat di hati nak ke pasar minggu hari ni. Nak beli bawang dah kupas, pati santan dan buah-buahan, tapi itulah kita hanya merancang, bila dah malas, semuanya kensel. Encik Suami je turun hantar #theIMANs tusyen.
Bila dah di rumah, bekfes pun sorang-sorang. Ada lebihan ikan goreng malam tadi, bukak rice cooker ada sikit lebihan nasik. Makanya kita goreng nasik dengan bawang merah. Orang Sarawak cakap, nasik aruk. Gu dengan ikan goreng, memang mantap. Rasa bersalah minum air bergula, buat je lah green tea panas. Siap, dan layan sorang-sorang.
Gen Z tak berapa gemar sarapan macam ni. Muahahaha.
Korang pulak sarapan kat luar ke pagi minggu macam ni?

0 Comments
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!