Sarapan Warga Senior

Salam hujung minggu! Hari ni dan semalam dah tusyen balik. Hujung minggu lepas je free takde tusyen. Hajat di hati nak ke pasar minggu hari ni. Nak beli bawang dah kupas, pati santan dan buah-buahan, tapi itulah kita hanya merancang, bila dah malas, semuanya kensel. Encik Suami je turun hantar #theIMANs tusyen.

Bila dah di rumah, bekfes pun sorang-sorang. Ada lebihan ikan goreng malam tadi, bukak rice cooker ada sikit lebihan nasik. Makanya kita goreng nasik dengan bawang merah. Orang Sarawak cakap, nasik aruk. Gu dengan ikan goreng, memang mantap. Rasa bersalah minum air bergula, buat je lah green tea panas. Siap, dan layan sorang-sorang.

Gen Z tak berapa gemar sarapan macam ni. Muahahaha.


Korang pulak sarapan kat luar ke pagi minggu macam ni?

 

Post a Comment

14 Comments

  1. Pagi tadi sarapan nasi lemak, semalam sarapan nasi goreng. Malas la nak keluar.

    ReplyDelete
  2. PH team sikmak for life :) tapi weekend je la, weekdays kita layan apa yg ada je dekat rumah sbb malas nak keluar :D

    ReplyDelete
  3. nasi aruk makan dgn kopi O. mabeles!!!

    ReplyDelete
  4. Akak kalau macam ni terus buat nasi goreng campur ikan goreng. Buat pedas sikit yummy

    ReplyDelete
  5. Nasi aruk dengan lebihan ikan goreng tu sebenarnya sarapan paling comforting 😋 Simple, tak membazir dan mengenyangkan. Gen Z belum tahu nikmat menu nostalgia macam ni hehe.

    ReplyDelete
  6. sekali tgk ingatkan pulut dan ikan rebus goreng sbb menu sarapan org kelantan kalau mkn dgn ikan goreng gini ialah pulut!

    ReplyDelete
  7. Nasi aruk kmk mesti engkah bawang putih dgn pusuk juak. Pagi tek sarapan nasi goreng dabai, air tangan mem besar import dari Bintulu hehe

    ReplyDelete
  8. Ada masa masak, ada masa makan kedai. Anak2 Cie gen apa entah memang bersarapan setiap hari 😆

    ReplyDelete
  9. tak selera pulak nak sarapan macam ni, tekak dah biasa nasi lemak roti canai semua...

    ReplyDelete
  10. Special menu terus jadinya kan. Lain dari yang lain goreng nasik dengan bawang merah je ek? Saya ingatkan nasi goreng tumis campurkan isi ikan goreng.

    Dapat makan nasi goreng dan ikan goreng pagi-pagi memang mantap. Lepas tu boleh jadi kenyang sampai petang terus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh, kena ada sambal juga KakMim baru mantap! hihi tertinggal sambal pulak.

      Delete
  11. Hari minggu biasa sarapan di rumah je. Malas nak bersiap².. lagipun nak leklek atas katil menikmati hari minggu.

    ReplyDelete
  12. Nanti ada masa mereka akan suka makanan yg lebih simple 😄. Dulu pun tiap mama masak sesuatu yg pelik menurut saya, saya tak suka. Masakan tradisional tak suka. Tapi skr, dah makin berusia, malah jadi suka

    ReplyDelete
  13. Wah.. menariknya nasi tu.. First time Sha tengok nasi goreng gitu ja dengan bawang merah..

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!