Pengalaman Membuat MyKad 12 Tahun

Mengikut Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) setiap kanak-kanak yang telah mencapai umur 12 tahun dan bertaraf Warganegara wajib mendaftar untuk mendapatkan Kad Pengenalannya atau MyKad.

Syarat Permohonan
  1. Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun.
  2. Pemohon mestilah hadir bersama Penganjur
    2.1. Ibu atau Bapa; atau
    2.2. Penjaga (Penjaga adalah datuk atau nenek atau ibu saudara atau bapa saudara atau kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).
  3. Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
  4. Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran proses akan dikenakan.
  5. Sekiranya penganjur adalah selain daripada kategori di atas perlu mengemukakan surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dibawa bersama.

Oleh kerana abang dah cukup dah syarat no 1, so kenalah buat mykad. Ini pengalaman kali kedua kami suami isteri bawak anak buat mykad. Terima kasih kepada si kakak yang selalu menjadi pengalaman pertama bagi Ayah Ibu. Hehehe.


Kalau dulu, si kakak senang je, pakai tudung berwarna gelap. Tiba-tiba bila part abang, jadi blur pulak. Nak pakai baju apa ek? Kaler apa? Ayah cakap pakai baju kolar, baru smart. Alaaaa... tak terfikir pulak sebelum ni pakai baju berkolar untuk buat ic. Dah la abang tak ada baju kolar. Malam sebelum tu bergegas kami bertiga ke Mydin area rumah untuk cari baju kolar. Nasib baik Mydin tutup jam 10 malam. Kami gerak dari rumah dah nak pukul 9 malam dah. Hahaha! Last minit sungguh.

Tibalah harinya nak ke UTC Kuching, pagi semalam, hujan memang turun lebat sangat-sangat since tengah malam. Pagi tu memang jem sana-sini, ada tempat dah dinaiki air. Saya fikir kalau gerak awal dari rumah pun tak guna ni sebab jalan jem nak ke pusat bandar, semua orang rushing nak pergi kerja. So kami decide gerak lambat sikit, kol 10 pagi baru gerak dari rumah. Sampai UTC dalam pukul 10 setengah macam tu. Saya terus bawak mereka bertiga queue di pejabat JPN sementara Encik Suami cari parking. Di pejabat JPN, orang macam biasalah, ramailah jugak. Tapi queue tak lama, staf bertugas cekap je bekerja. Suara lantang, muka happy je melayan. Terbaiklah. Saya ingatkan perlu isi borang manual lagi, rupanya tak perlu dah. Staf tu cakap, nanti akan ikut alamat mycard ibu ayah je. Oh, senang la gitu. Lengkang kangkung je menonong cari tempat untuk menunggu. Tapi pastikan sijil kelahiran kena bawa yang ori ya. 

Dapat giliran 1066 tapi suasana sangat kondusif untuk menunggu. Penantian tak lama sebab kaunter semua bukak dan staf semua tekun bekerja. Tak kira pulak berapa kaunter tapi macam berbelas jugaklah. 

To kill the time. Biasalah budak-budak jaman now. Kami cari port di tempat tak ramai orang. Privacy sikit 5 beranak. Kakak tak nak ikut. Si abang curious, macam-macam dia tanya. Tempat buat ic tu nanti boleh bawak henfon tak masa menunggu? Hahaha. Kelakar sungguhlah soalan abang ni. Dia ingatkan macam manalah rupanya ofis JPN. Sebab tu lah angkut je adik-adik 2 orang bagi diorang merasa sedikit pengalaman ke ofis yang ada kaunter yang perlu menunggu macam ni.


Testing testing. Masa di Mydin tu beli 2 warna baju berkolar, satu hitam, satu pink belacan. Try je pakai pink belacan, staf pun tak kata apa so proceed je lah. Kalau tak boleh pakai kaler ni, baju hitam memang dah stand by dah pun dalam beg. Hehehe.


Semuanya dipermudah. Terima kasih JPN UTC Kuching. Encik Suami pun sempat jugak tukar mykad baharu. Dah alang-alang urusan di JPN kan? Cuma bayar RM20 untuk permohonan tukar mykad baharu.  Tapi kena mbil gambar baharu jugaklah. Gambar lama Ayah masih berambut, sekarang dah tak berambut dah. Hahaha. Oh ya, urusan di sini semuanya cashless atau guna e-wallet. Tak ada urusan tunai. 

Yeay! Tahniah abang dah ada mykad. Next berkhatan pulak ye, barulah orang bujang. Urusan kami di JPN UTC selesai dalam 11.40 pagi macam tu. Masa kami keluar tinggal mereka yang tunggu mykad siap je sebab hari Jumaat urusan kaunter sampai 11.45 pagi sahaja. So sempatlah kami perlu lunch dulu sebelum kaum lelaki menunaikan solat Jumaat.
 

32 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. cute je muka dlm ic. anak kamek dolok muka manas sebab pesen rambut nya diubah, kamek pulak nok dimanas. hahahaaa!! menjus je muka dlm ic

    ReplyDelete
  2. awal ulangtahun kelahiran dia, tahniah dah ada ic. anak kami pun dah dua orang ada ic, tahun ini up seorang lagi yg terakhir. betul, yg kedua tak sama dgn yg pertama, rasa pelik dtg JPN semua org kaunter buatkan. maybe masa kakak dlm tempoh pkp, kena buat sendiri. alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. birthday awal, awallah buat mycard.. skjp je proses buat mycard skrg

      Delete
  3. biasanya sudah disediakan baju di sana yang bersesuaian.. waktu ldy dulu2 mereka tanggalkan tudung ldy dan sikat balik rambut sebelum snap gambar untuk ic.. sebab ldy kecik, tudung x cantik kot.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlu anak sulung mmg siap2 dah pakai tudung hitam.. dh tau dh.. ms maknya dlu freehair je buat ic ms thn 1993 dlu 😂😂😂

      Delete
  4. Replies
    1. Yeay! Jeles adik2 sbb abg dh boleh beli kat shopee.. xtau apa kaitannya 😂😂

      Delete
  5. Replies
    1. Scr teorinya boleh tp sbb masih under age nnt akn kena denda 😂

      Delete
  6. cantik warna bj tu :) my razeen lagi 2 tahun lah nak kena buat mykad ni :)

    ReplyDelete
  7. wahhhh... hensem gambar ic abang.

    ReplyDelete
  8. Cuya ingat gambar IC pertama Cuya pergi pakai celak hitam hahahahha

    ReplyDelete
  9. wahhhh smart bergaya mesti menurun ibu hehehe

    ReplyDelete
  10. Anak buat MyKad masa hari birthday dia....terus gi ke JPN berdekatan dengan Sekolah Rendah dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ms kakak dia dlu buat mycard ms birthday dia.. tp bila abg, birthday dia kebetulan PH so UTC pn x bukak

      Delete
  11. Horee Abang dah dapat my kad..tampannya foto abang

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. Excited si anak tp excited si ibu lg over dpd si anak 🤭🤭

      Delete
  13. saya terbaca di blog mrhanafi sebelum ni pasal kena buat ic dalam masa 30 hari tu. tahun depan dah boleh buat ic untuk anak sulung saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. kena buat dlm ms sebulan lps birthday.. kalau x kena denda

      Delete
  14. Handsome abaaaaang yaa 👍😄. Nanti setelah 16 baru tukar ke ic card dewasa ya kak?

    Berarti start buat nya di usia 12?

    Agak sedikit berbeda dengan di sini. Anak2 sini dah hrs buat dari sejak usia 0-5 THN. Lalu nanti 5-17 ada kartu lain.

    Start usia 17 baru buat KTP (kartu tanda penduduk) dewasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini masa lahir ada mykid.. bila 12 tahun wajib tukar mycard.. nnt 18 tahun kena tukar lg sbb muka dh x sama dgn masa yg umur 12 thn 🤭

      So sini ada 2 kartu pengenalan.. mykid (0-11) dan mycard (12 above)

      Delete
  15. Ah ya, jadi teringat anak-anak belum punya kartu identitas anak. Tampannya si abang, masya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masya allah alhamdulillah.. tq naia.. boleh lah buat bila free nnt ya

      Delete
  16. wah..dah ada ic dah.. tunggu Ian ni nak buat ic baru sbb umur dah 18 tahun kan.. but tgk kat website hari tu boleh buat sebelum umur 25 so Ian ckp..tunggu rambut dia cun skt.. adei, dah besar ni mcm2 la plak kan

    ReplyDelete
  17. Besar dah abang, dah bujang ada IC sudah. Haa barulah handsome smart kacak bergaya pakai baju berkolar. Dah boleh eksyen dah tu ada IC. hihi...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form