Runtuhnya Ikonik Taman Negara Bako

 


Runtuhnya formasi batu yang paling ikonik di Taman Negara Bako: Turus Laut Kepala Ular

13 Februari 2024

Formasi batu yang ikonik dan terkenal di Taman Negara Bako yang dikenali sebagai Turus Laut Kepala Ular telah runtuh hari ini. Kejadian ini telah dilaporkan oleh pemandu taman, Encik Paul pada jam 4.00 petang hari ini. Kemungkinan, runtuhnya turus laut ini disebabkan oleh fenomena ombak besar yang berlaku di perairan Bako sejak beberapa hari yang lepas.





Turus laut ini merupakan salah satu khazanah geologi negara yang terbentuk dari kesan hakisan batuan pasir selama berjuta-juta tahun. Formasinya yang unik dan indah telah memukau dan mempersonakan pandangan pengunjung yang datang melihatnya.

Tuan Abang Arabi bin Abg Aimran, CEO SFC, mengungkapkan rasa terkejut dan sedih setelah mendengar berita tersebut. Beliau menegaskan bahawa turus laut ini bukan sahaja menarik dari aspek keindahan semulajadinya tetapi juga telah banyak memberi sumbangan yang besar kepada industri pelancongan tempatan, terutama sekali kepada pengusaha bot di Taman Negara Bako. Beliau juga menjelaskan bahawa ramai pengujung telah melihat keindahan alam ini dan kita seharusnya sentiasa mengaguminya dan tidak mengambil mudah anugerah yang telah dikurniakan ini. Anugerah alam ini kadang-kadang boleh dipulihkan dan kadang-kadang tidak dapat digantikan. Satu set lengkungan laut dan turus laut ikonik yang serupa di Victoria, Australia, yang dipanggil 12 Rasul juga mengalami proses runtuhan yang sama. Buat masa ini, daripada 12 tiang atau lengkungan yang asal, hanya tinggal 8 yang masih wujud.

#SFC is the custodian of #nationalparks and #wildlife in #sarawak



Follow the SFC channel on WhatsApp: https://whatsapp.com/channel/0029Va6VyL2FSAt5ArYIsB2T



15 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. unik...sekali tgk dari kejauhan mcm scary jugak hehehe

    ReplyDelete
  2. sedihnya.. pembentukannya sangat menakjubkan.. tapi sayang sudah runtuh..

    ReplyDelete
  3. Pernah nampak ni kat internet tapi tak tahu pula dah runtuh ya?. Tempat semulajadi ni kadang memang akan ada runtuhan ke, hakisan ke sebab cuaca juga. Tu yang masa pergi kat Tasik Cermin Gua Batu Kapur baru2 ni ada ditulis hati2 batu-batu yang mungkin jatuh / dahan yang jatuh.

    ReplyDelete
  4. Ni gambar sebelum runtuh ya? Sayangnya, tapi bentuknya yg besar di atas mungkin antara faktor tidak kukuh. Bila besar di atas, tentu berat dan tak dapat ditampung lagi oleh kakinya.

    ReplyDelete
  5. Betullah, kalau tengok memang nampak macam kepala ular siap dengan mata

    ReplyDelete
  6. cantik bentuknya... tapi itu lah. kalau dah runtuh akibat ombak besar tu.. redha saja lah. walaupun rasa sedih kerana kecantikan itu dah hilang. dalam masa yang sama rasa termuhasabah. dunia ni tak ada yang kekal. kelak akan berakhir jua.

    ReplyDelete
  7. Runtuh terus atau sebahagian saja?

    ReplyDelete
  8. Cantik bentuknya. Macam mana agaknya bentuk asal turus ni?

    ReplyDelete
  9. Tiada yang kekal di dunia ini. Kuasa Allah belaka. Kuat betul ombak laut.

    ReplyDelete
  10. Unik sekali bentunya, Mbak.
    Memandang fotonya, saya berdecak kagum. Luar biasa suatu fenomena keajaiban alam.
    Sayangnya kini sudah runtuh... Memang tiada yang kekal di dunia ini.

    Salam,

    ReplyDelete
  11. Issshhh, sayang nyaaaa runtuh 😔. Belum lagi saya kesana... Memang disayangkan sangat kalo asset wisata seperti ini akhirnya terkikis Krn alam. Jadi kasihan juga dengan para pengusaha boat yg banyak membawa turis kesana .

    ReplyDelete
  12. cantiknya kak. Batu Ikonik sebesar itu bisa runtuh berarti ombaknya sangat besar kah? Ya Allah

    ReplyDelete
  13. unik sangat..sayang dah runtuh dah

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form