Pejam celik, Oktober telah pun selamat melabuhkan tirainya. Kalau nak dikenang balik, boleh dikatakan hampir setiap hujung minggu sepanjang Oktober, ada saja aktiviti yang mengisi jadual hujung minggu saya.
Bukan bercuti atau berjalan-jalan, tetapi memenuhi tanggungjawab sebagai tenaga pengajar kursus pendek untuk komuniti.
Tipulah kalau kata tak penat. Hari bekerja dah sibuk dengan rutin hakiki, hujung minggu pula sambung berkongsi ilmu. Ada masanya, badan memang minta untuk berehat. Tapi bila dah berada di hadapan peserta, semangat tu datang dengan sendirinya.
Paling seronok bila melihat peserta yang pada awalnya terkial-kial, akhirnya mampu menghasilkan sesuatu dengan usaha sendiri. Daripada tak tahu, jadi tahu. Daripada kurang yakin, akhirnya tersenyum puas melihat hasil kerja masing-masing.
Di situlah datangnya kepuasan yang sukar nak digambarkan dengan kata-kata.
Bila objektif kursus tercapai dan nampak sendiri kemenjadian peserta, rasa penat tu seolah-olah hilang begitu saja.
Bagi saya, mengajar bukan sekadar menyampaikan ilmu. Ada kepuasan tersendiri apabila ilmu yang sedikit itu dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Meriah sungguh dalam gambar 😄Oktober sememangnya memenatkan, tetapi penuh dengan pengalaman dan kenangan yang bermakna.
Till then, singgah, baca, komen.
MimSphere | www.kakmim.com




0 Comments
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!