Tahun ke-10 Sambut Bersama
Alhamdulillah, tahun ke-10 sambut birthday bersama si bongsu Ibu. Selamat hari lahir yang ke-10 Idlan Muhaimin aka Alan.
Macam biasalah, si bongsu ni setiap bulan menghitung hari birthdaynya. Penghujung Julai dia dah sibuk dah. Orang lain pun tak se-excited dia bila nak birthday. Alan ni memang lain machiam! 😂
Birthday Boy Turning 10
Walaupun dia ni asyik menghitung hari bilalah birthdaynya, tapi yang bagusnya dia tak mintak apa-apa pun as a hadiah birthday. Bukan dia saja, semua #theIMANs macam tu, bukan sejenis yang meminta-minta. Tapi kalau perlu sesuatu, diorang mintak je. Tapi itu pun yang berkaitan dengan sekolah. Mungkin kami tak biasakan dengan hadiah pada hari lahir kot. Bagi diorang masa birthday, mesti makan bersama (macam biasa) dan mesti ada kek. Itu je. Lepas tu, mesti ada jugak makan-makan dengan family besar pulak (ada atok, nenek dan sepupu-sepupunya yang lain). Macam tu je lah, dah jadi tradisi keluarga.
Happy birthday, Alan!
Mengimbau Tarikh 2 Ogos, 10 Tahun Lampau
Pada tarikh ini, 2 Ogos 2015, baru cukup term. Due date pertengahan bulan, tiba-tiba masa birthday Ibu dah ada tanda-tanda dah. Masa tu barang hospital pun tak packing lagi. Semuanya packing ala kadar dan terus terjun ke hospital! Sampai hospital pun terus masuk LR dan the rest was history! Semuanya dipermudah. Tak sangka dapat bersalin pada birthday sendiri dan si bongsu Idlan Muhaimin ni pun berkongsilah birthday dengan Ibu.
Baca juga: https://www.kakmim.com/2015/11/throwback-baby-baru-282015.html
Birthday boy & birthday girl 🤭 kembar tak sama tahun 😂
Birthday boy & birthday girl belanja gambar untuk 2 Ogos 2025 ☺️
Bila panggil staf, dia tau dah, ambik gambar kah? Hahaha. Aok dik, tolong lok, hihi. Tapi gambarnya ya ampun, terpaksalah saya crop dan adjust brightness, contrast, etc semua. Baru dapat post kat sini.
Kami Order Apa di Qlasixco?
Macam biasa, sebelum makan kena snap snap dulu. Hihi. Jom tengok menu masing-masing.
Nasi putih + ayam blackpepper. Sedap 👍🏻 Menu Ibu sebab nak makan nasik. Ayah puna nasi aruk ikan terubok masin. Rupanya lupa snap. Menu Ayah pun sedap 👍🏻
Abang dengan menu signaturenya, spagetti carbonara 👍🏻
Kakak dan Alan berkongsi menu, grilled chicken chop. Banyak portion ayamnya. Puas hati, sedap! 👍🏻
Awan dengan nasi goreng + ayam buttermilk. Tak rasa pulak, sebab tak berapa suka. Hihi. Tapi Awan cakap, sedap 👍🏻
Overall makan kat Qlasixco ni memang semua sedap.
Order kena tulis kod saja ya. Naik risau jugak saya tengok coding macam ni. Macam nak sama je.
Simpan sini untuk reference akan datang. Sebenarnya masih terkejut bila bukak buku menu harga untuk ice lemon tea RM5.20! Ingatkan gelas besar ke macam mana, tapi gelas standard je nyah. Kikiki.
Family Photo
Tak sah tak ambik family photo kan? Pernah dengar dalam slot di radio ada perempuan ni call, dia menyesal sebab tak suka ambik gambar dengan famili banyak-banyak. Bila ayah dia meninggal, dahhh baru dia tersentak sendiri. Dia tak ada satu pun gambar kenangan dengan arwah ayahnya. Menyesal pun tak berguna katanya. Betullah tu, kalau lagi bagus ambik video untuk kenangan kita nanti-nanti.
IMAN Familia
Saya dan dia ❤️ Alhamdulillah, sayang semuanya 🖤















28 Comments
Seronoknya kongsi tarikh lahir.
ReplyDeleteSemestinya jadi kenangan terindah sepanjang hayat.
Sanah helwah untuk ibu dan anak.
Terima kasih kak amie 😍
DeleteOf course mestilah tunggu masa ni kan dek..mama mesti bawa makan makan kan...Selamat hari lahir buat ibu dan alan..happy nice day juga hari ini ya
ReplyDeleteTerima kasih tuan Etuza ☺️
DeleteSeronoknya kongsi tarikh lahir.
ReplyDeleteSelamat Hari Ulangtahun Kelahiran buat Alan dan kakMim,
semoga semua impian dan mimpi jadi kenyataan, semoga mendapat keberkatan umur dan kesihatan yg berpanjangan. Peluk jauh!
Aaminn.. terima kasih sya 🤗
DeleteOh, bestnya kongsi tarikh hari lahir, ibu dan anak pulak tu. Happy birthday, Mim & Alan
ReplyDeleteTerima kasih kak SK 🥰
DeleteHappy Birthday utk Alan & ibu 🎈🎈🎈
ReplyDeleteTerima kasih PH 😍
Deletesedap nya kek....Happy Birthday
ReplyDeleteTerima kasih Taufik 😊
DeleteHappy birthday untuk keduanya. Semoga yang baik2 aje. Sedap2 semua makanan tu. Harga air pun memang mahal sekarang ni. Dapat size yang tak sepadan dengan harga.
ReplyDeletePibeday hensem!
ReplyDeleteHappy birthday kakmim dan alan.. ^^
ReplyDeleteHB Ibu and Alan...food menarik...
ReplyDeleteepi besday Alan! moga jd anak soleh! beza sehari dgn bday my razeen ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah...happy birthday ibu dan alan... dah boleh igt la lepas nie, sebab sama tarikh dengan kak M...
ReplyDeletesenang berkongsi tarikh lahir, sambut sekaligus je. happy birthday utk kedua-duanya! semoga keluarga kekal bahagia hingga syurga :D
ReplyDeletemenu nampak sedap, tapi carbonara tu saya rasa mahal betul smpai RM24 ye..
Happy belated birthday Ibu and Alan.
ReplyDeleteTp betul juga KM, my father passed in 1999. Back then kita mana ada kamera bagai. So gamba yg ada sgt limited.
Happy Birthday Ibu dan Alan. Moga sihat, sukses dan murah rezeki selamanya.
ReplyDeleteSelamat ulang tahun buat ibu dan anak. Sweet family.
ReplyDeleteBestnya sama tarikh lahir. Belated Happy Birthday ibu dan Idlan@Alan. Semoga kedua-duanya dikurniakan kesihatan yang baik, panjang umur dengan segala kebaikan, dilimpahi rezeki dengan segala keberkatan, ceria selalu. Aamiin...
ReplyDeleteAnak bongsu memang begitu, lain maciamm sikit. hihi..Syoklah dapat celebrate bersama. Mujurlah boleh edit lagi gambarnya nampak elok. Yeee, saya seorang yang suka ambil gambar bersama. Tak sah kalau tak ambil gambar, rasa tak lengkap. Kalau rindu boleh belek semula.
Happy belated birthday Kakmim & Alan! 🎂 Best eh share tarikh birthday dengan anak sekali harung jak sambut.
ReplyDeleteSama macam almarhum mama mertua saya. Sukaaaa sangat berfoto. Sementara saya tipe yg tak suka. Cuma jadi terpaksa ikut kalo bepergian dengan mama. Lalu saya baru sadar manfaatnya, saat kedua mertua meninggal. Setidaknya jika rindu, kami punya banyak foto bersama ❤️.
ReplyDeleteBagus juga kalo ultah bisa sama dengan anak yaa 😄. Bisa dirayakan bersama.
Kalo saya tak membiasakan mereka utk merayakan ulang tahun ramai2. Jadi cukup keluarga inti saja. Karena itu mereka tak pernah mau dirayakan ramai 😅.
Happiest birthday Alan & Ibu 🥰
ReplyDeleteHappy belated birthday Alan dan Ibu...
ReplyDeleteHappy belated birthday ..moga dalam jagaan Allah SWT selalu
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!