Menu Sungkei

Tak plan pun nak masak awal, plan balik rumah tengah hari nak tido tapi sampai rumah semangat pulak nak masak. Maka siaplah menu untuk sungkei petang ni. Macam biasalah kami berbuka makan nasik terus. Ada pun kuih-kuih makan masa moreh lepas balik dari masjid je. Begitulah. Setiap keluarga lain-lain pulak budaya mereka kan?

Masak simple macam biasa je, 1 protein 1 sayur. Nanti kuih Ayah beli di bazaar hospital, setel.

Ni pulak menu semalam, masak sejenis je sebab berbuka di rumah mak. Mak dah masak sup tulang dan sawi tumis belacan so saya add on sejenis lagi sayur. Meriah berbuka rumah mak. Semua ada. 

Korang pulak dah masak ke? Atau beli je nanti?





 

Post a Comment

10 Comments

  1. Sedap pula kacang buncis tofu tu..nanti balik weekend nak masak la... Emm, hari ni p tengok² lauk..takde yang berkenan..beli teh ais je lah..nanti kita up berbuka apa..kikiki

    ReplyDelete
  2. Kami buka puasa dengan cucur udang dan bihun sup tulang.

    ReplyDelete
  3. Setakat ni masih masak menu berbuka. Cie pun berbuka nasi. Kuih muih selalunya husband beli. Dia je suka makan kuih. Cie kureng sikit makan kuih, kalau ada makan je. Tak jadi menu wajib la waktu berbuka.

    ReplyDelete
  4. nyaman je menu sungkei. selamat berpuasa sis

    ReplyDelete
  5. Kiter masak yang simple2 je tapi selalunya memang masak nasi dengan 2 jenis lauk ayam atau ikan dan sayur. Kuih option.

    ReplyDelete
  6. Kami pun jenis berbuka makan nasi terus. Senang terus kenyang 😁.
    Kalau ada kuih tu bonus lah.

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!