Bulan Mac bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua pembayar cukai. Musim cukai kembali lagi, yeehaa!! Tempoh ini amat penting bagi individu yang mempunyai pendapatan bercukai untuk melapor dan mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). Oops. Tanggungjawab kita sebagai warganegara ok. Demi negara, untuk rakyat. Chewahh!!
Apa Itu E-Filing?
e-Filing ialah sistem pengisytiharan cukai pendapatan secara dalam talian yang diperkenalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia bagi memudahkan pembayar cukai menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) tanpa perlu hadir ke pejabat LHDN.
Melalui sistem ini, anda boleh:
- Mengisi borang cukai secara online
- Mengira cukai secara automatik
- Mengemukakan tuntutan pelepasan cukai
- Menyemak status bayaran balik (refund)
Portal rasmi untuk pengisian adalah melalui sistem MyTax:
👉 https://mytax.hasil.gov.my
Kelebihan Isi e-FIling Awal
Ramai tak tahu, isi awal ada kelebihannya:
- Lebih cepat dapat bayaran balik
- Sistem kurang sesak
- Kurang risiko kesilapan kerana tidak tergesa-gesa
Bagi yang pertama kali mengisi, prosesnya sebenarnya mesra pengguna dan sistem akan bantu kira secara automatik.
Dah dapat email pengesahan dah.
Awal hantar, awallah dapat bayaran baliknya kan? Hihi. Bila dah hantar borang e-FIling tadi baru perasan tahun lepas pun hantar pada tarikh yang sama hari ni, 3 Mac. Agak-agaknya bila masuk kaching² ya? Kalau tahun lepas, 9 Mac dah dapat refund dah. Harapnya tahun ni pun macam tu jugaklah. Tak banyak pun janji adalah untuk duit tepi-tepi musim hari raya ni.
Semak Pelepasan Cukai Tahun 2025
Cukai bukan beban jika diurus dengan bijak. Dengan memanfaatkan pelepasan seperti faedah rumah pertama dan SSPN, anda boleh mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar, malah mungkin mendapat refund tunai daripada LHDN. So apa tunggu lagi? Silalah semak pelepasan cukai dan isi e-filing sekarang okay!!
.png)

22 Comments
Saya dah hantar :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah
DeleteAkak hantar petang tadi. Buat cepat dpt refund cepat boleh buat belanja raya
ReplyDeleteInsya allah mgu dpn dh dpt la kot
DeleteBoleh buat duit raya.
ReplyDeleteKan? duit raya dr krjn malaysia
DeleteCie dah settle 2/3 hari tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah
DeleteDapat refund tu paling best... Bole la tampung belanja raya 🫣
ReplyDeleteSebenarnya mmg itu yg diharapkan hehe
Deletekamek la ya orang yang pertama kali mok mengisik..marek udah try, bila submit alu error hahaha..hari tok try gik eh
ReplyDeleteAie duhal.. xpa klak try agik... all the best k
DeleteCepat hantar cepat la dapat refund kan
ReplyDeleteItu yg diharapkan sebenarnya
DeleteCepat hantar, kita sama2 tolong ingatkan. Walaupun tak ada file LHDN ni 🥰🥰
ReplyDeleteTula ramai org berpusu-pusu submit time skrg ni. Nak dpt extra duit sempena nak raya.
ReplyDeletemine done on 1/3 lagi..hrp2 cepat2 la dpt refund sbb nak kena byr byk komitment bln ni
ReplyDeletebelum.. tak sempat lagi nak buat
ReplyDeletekalau dekat gaji tak tolak cukai lagi. tapi dah ada no cukai kena isytihar juga ke?..
ReplyDeletekalau dekat tempat lama, kita ada isi borang manual tiap2 tahun.. dekat Selayang ni takde pula.. risau pula kita..
Belum buat lagi bagi pihak suami. Akak kan setiausaha suami. 😅 Terima kasih atas peringatan, kakmim, juga share tentang pelepasan cukai tu. 👍
ReplyDeleteOh sama2 maret juga yaa e-Filling di sana. Teringat saat dulu masih kerja, sibuk nak submit awal2 Maret.
ReplyDeleteKalau sekarang karena dah resign, jadi tax saya dah gabung dengan suami. So, dialah yg sibuk submit 😁
Belum submit lagi... 2 minggu dok kalut closing.. adehh.. tertangguh² je.. lagipun kalau boleh refund nak dapat lepas gaji bulan 3. Jadi duit yang masuk staggered.
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!