Kuih Bongkol Kuih Asli Sarawak

Kuih bongkol nama diberi. Sebag ni harga mencecah RM2. Nak buat 'beg' atau kelongsong kuih bongkol ni kena ada skill. Tak reti buat kelongsong ni, tak menjadi lah kuih bongkol ni. Sebabnya kuih ni selain daripada gulapong yang main peranan, aroma daun ni jugak main peranan untuk membangkitkan aroma kuih bongkol selepas ianya dikukus.

Kuih Bongkol Kuih Asli Sarawak
Kuih bongkol ni kena makan chill baru sedap. Macam lompat tikam tu la, kak Notie cakap makan sejuk-sejuk baru sedap. Begitulah jua bongkol. Kalau beli sebelah petang kena simpan peti sejuk dulu, nanti lepas berbuka atau moreh makan, hmm sedappp. Rasa yang hampir serupa kuih bongkol ni kalau kuih dari Semenanjung ialah kuih tepung pelita. Hampir sangat rasanya tapi bongkol ni guna gulapong. Ada juga seller yang guna gulapong sikit dan campur gula pasir memang agak kureng rasanya. Biasalah orang nak cut cost, guna je gula pasir tapi kita tau la.

Kuih Bongkol Kuih Asli Sarawak
Tekstur kuih ni lembik, kena makan dengan sudu dan dihirup sekali dengan gulapong tu. Kalau 'kering' means gulapongnya sikit, tak mantap la kuih ni. Kuih bongkol ni antara kuih tradisional yang paling orang suka bila kita open kursus, sebab ramai yang nak belajar nak buat kelongsong dia tu.


 

Post a Comment

17 Comments

  1. Kalau guna Gulapong Sarawak memang lah super sedap kan, walaupun tak pernah makan, dapat imagine pun cukup. Kelongsong tu yang buat rasa sedap juga kan.

    ReplyDelete
  2. Cara Kakmim describe kuih bongkol ini, kita yang tak pernah jumpa dan makan pun, rasa teringin nak mencuba. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak manis.. sy mkn x mkn pun gulapong tu mst ada tgl kuahnya

      Delete
  3. Oh macam tepung pelita version gula apong ye. Teringin pulak nak rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy mkn tepung pelita teringat pulak kuih bongkol ni cumanya bongkol ni berkuahkan gulapong sbg pemanisnya

      Delete
  4. kuih tu ada jugak kat kelate cuma tak sure betul2 sama ker tak..MZ panggil nama dia tepung bungkus

    ReplyDelete
    Replies
    1. tk sama tepung bungkus...pernah mkn kuih bongkol ni time outstation swk

      Delete
    2. Ya, bkn tepung bungkus... kuih bongkol ni takde inti

      Delete
  5. Gulapong tu macam gula apong ke atau gula merah. Macam pernah dengar kuih bongkol tapi tak pasti pulak pernah makan belum. Cara bungkus tu macam buat bungkus botok-botok.

    ReplyDelete
  6. Ahhh sedapnya kuih ni. Teringin pulak nak rasa. Kena pi Sarawak la ni 😅

    ReplyDelete
  7. Guna daun pisang ke bag nya tu kakmim? Menariklah.. sy suka kuih2 tradisi gini

    ReplyDelete
  8. Dapat akak bayangkan kesedapannya....tgok gambar oun tau sedap

    ReplyDelete
  9. Waaah di Sumatra ada juga kue ini, namanya pun sama. Mama sebut kue bongkol. Saya paling banyak ketemu di Sumatra Utara. Tapi pernah sekali ada yg jual di toko kue di jakarta. Sedaaap.

    Memang lebih enak kalau dingin.

    ReplyDelete
  10. wahhh kuih bongkol namanya ye? unik sbb ada kelongsong dia tu ehehe

    ReplyDelete
  11. Kalau ada rezeki ke Sarawak lagi hendak cuba cari kuih bongkol

    ReplyDelete
  12. Nampak pun sedap.. manis² gulapong.

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!