Reunion Raya

Last minute confirm jadi. Sebelum ni ada je halangan nak beraya, bila call nak beraya, asyik tak ada kat rumah je. Ada yang balik kampung memang tak dapat la nak beraya awal. So kena buat plan reunion raya, baru semua dapat beraya. Itu pun kena buat malam yang besoknya kerja. Takpe janji dapat jumpa.

Actually kami 1 geng dulu di bawah 1 institusi, tapi sekarang semua dah bawa haluan masing-masing. Ada yang masih di kolej komuniti, ada juga yang dah ke politeknik. So bila sekali-sekala berjumpa tak tau nak dengar cerita siapa dulu. Cerita pun pusing-pusing orang yang kita kenal jugak lah.

Awal member pesan, jangan asyik bersembang je nanti lupa nak bergambar. Ni pun tak sempat nak ambik gambar potluck masing-masing. Saya pun balik keja semalam, baru nak keluarkan kek lapis, top up biskut, tapi bagi arahan je lah. Tiap-tiap tahun diorang ni kalau beraya mesti saya masak lontong, tapi tahun ni tak sempat nak masak sebab hujung minggu kerja. Makan je lah apa yang ada, potluck pun banyak siap boleh tapau.


Mulanya dah salam-salam, peluk-peluk nak balik, lepas tu, eh selfie lagilah. Hahaha.

Sebelum balik, tak start kereta lagi boleh lagi sambung pulak di luar. Yang rumah jauh sikit gerak awal, yang stay 1 area masih lagi tak habis topik. Yang kaum suami dah meronda kawasan, anak-anak dalam kereta asyik sound, mak esok nak sekolah, nak balik. Ahaha. Biasalah kan, perempuan susah sikit nak jumpa sekejap. Adakah ada lagi beraya untuk menutup bulan Syawal minggu depan? Sempat lagi kan bak beraya hujung minggu ni.







 

Post a Comment

0 Comments