Follow Us @soratemplates

Showing posts with label Funny. Show all posts
Showing posts with label Funny. Show all posts

10/07/2020

Di Mana Mask Extenderku?

July 10, 2020 3 Komen
2 minggu dah kot aku carik mask extender bunga-bunga ku itu. Rasanya memang ada simpan tapi kenapa tak jumpa pun bunganya.

Nak dijadikan cerita minggu lepas minggu yang banyak jugaklah kerja nak setel. Sempat memang sempat print keja sekolah #theIMANs tapi balik tetap tak bawak. So kenalah print kat umah kan. Makanya ceritanya bermula begini..

Aku pun on printer macam biasa. Tetiba dia terus printing. Haih haih. Rupanya dia detect kertas yang discan sebelum ni terus jer dia printing 🤦🤦🤦

Tengah printing, kertas jem pulak. Haih eh. So jadilah technician jap nak mengeluarkan kertas yang jem itu. Okay.. Berjaya jugak aku menarik kertas tu. Sehelai je pun yang buat printer jadi error. Setel semua terus resume printing sebelum ni. Masalah pulak bila printer asyik bagitau paper jem takmo proceed print. Pelikkkk... dah jenguk kat dalam tu tapi takde pun kertas yang lekat. Adeh... mati kutu dibuatnya. Terus badmood malam tu, Encik Suami pun tolong jugak, manual dah bukak, tengok kat Youtube pun dah masih jugak takmo print. So hantar servis jer lah jawabnya. 

Tak lama pun hantar servis dalam 2 hari dia dah call balik dah printer dah siap. Tapi masa dia call tak tanya pulak betul ke memang ada dalam tu. Janji ok jer kan.

Bila Encik Suami dah ambik, dia hantar gambar ni.

Gelak jer technician di servis center tu. Huhuhu

Rupanya mask extender yang ku cari itulah penyebab roller printer tu stuck 🙈 Bukannya ada paper jem pun dalam tu.

25/06/2011

Zon Inggar bersama Kak Lehot

June 25, 2011 6 Komen


Minggu tok nang gago urang kat FB ngan Kak Lehot tok
Baruk ari tok dapat mukak rah YouTube
Nang perey eh!
Cerobeh do mulut Kak Lehot eh!

Episod jodoh tok nang sentap lah
Nang mena kata Kak Lehot
Arum bulak haus tangga umah rempuan diturun nait
Tapi sik juak nikah²

Bah nengar gik nun kerepak Kak Lehot
Pisan!
Hahaha


18/08/2010

Mana bilik maok cabut dada?

August 18, 2010 8 Komen
Di sebuah klinik kesihatan kerajaan.


Pesakit: Incik, mana bilik maok cabut dada?

Pekerja: (molah muka blur)

Pesakit: Cabut dada... (sambil cubit-cubit lengannya)

Pekerja: Oh... mok ambik darah.... nun di bilit nun... kat lab.. 

(Perey)


Kredit to Encik Suami (seperti yang diceritakan kepada tuan blog)