Follow Us @soratemplates

Showing posts with label Flatlay Photography. Show all posts
Showing posts with label Flatlay Photography. Show all posts

12/04/2021

Ramadhan vs Kelas Smart Photo

April 12, 2021 16 Komen

Pejam celik pejam celik dah Ramadhan. Kedatangannya ditunggu-tunggu waima kita masih lagi dibelenggu pandemik Corona tetapi semangat bertemu Ramadhan tahun ini tidak pernah pudar. 

Solat terawih tahun ini juga di rumah seperti tahun lalu. Tahun lepas mungkin agak santai sebab kita PKP tapi berlainan pula tahun ini. Rutin di pejabat tetap macam biasa, rutin ambik kakak balik kelas tambahan pun macam biasa cuma boleh keluar ofis setengah jam lebih awal daripada biasa. Lepas tu baru balik rumah dan masak. Itulah perancangannya, insya Allah.



Kurma. Sinonim dengan bulan Ramadhan. Itulah subjek khusus kelas Smart Photo kami pada minggu lepas dengan tema #expectationvsreality.  Simple je kan? Kami kena cari gambar flatlay style dan buat tiruvasi. Berpeluh jugak setting flatlay ni semalam tau. Dengan cuaca panas lit lit. Eh, apa kaitan dengan cuaca panas pulak? Saya buat setting kat carporch! Haha! Angkut meja semua kat luar sebab malas nak setting reflector dan malas nak edit banyak. So guna natural lighting je. Hihi. Ngelat kan?


Semalam last submit task, petang ni cikgu komen. Alhamdulillah, komen positif. Semangat pulak nak tunggu task minggu ni. Boleh ke saya nak setting bokeh? Saya cuba k!


Ehem! Saja nak share komen cikgu buat self-motivation. Kalau ada yang pro boleh la bagi tips dan komen jugak ye.



Akhir kalam, selamat menunaikan ibadah puasa ye sahabat semua. Semoga ibadah puasa dan amalan kita di bulan Ramadhan kita tahun ini diterimaNya. Allahumma aameen.