Staycation di Riverbank Suite Unit 805

Cuti tapi tak ke mana pun. Dah la jerebu. Alan ada Bengkel Pecutan UPKK pada hari Selasa dan Rabu. Hari Khamis jer free, so booking la semalam untuk staycation. Jumaat malam Awan pulak ada Bengkel Persediaan UPDLP. Nak jalan jauh sikit keluar dari Kuching memang tak boleh la. 

Riverbank Suite ni selalu lalu je ini la first time check in kat sini. Kalau tengok dari seberang di Kampung Boyan, bestnya la view kalau dapat berumah mengadap sungai. Try la cari di Agoda, dapat la book Unit 805.

Masuk jer, wah luasnya. Takde lain yang saya fikir, boleh la stay sini masa Sarawak Regatta. Tengok lumba perahu dari balkoni je memang puas hati la bapak. 

Cantik pulak tv cabinet owner buat macam ni. TV kena sign in akaun Nerflix sendiri.

Bilik kedua. Cun untuk 4 orang. Ada 2 super single bed dan 1 double decker. Siap ada meja study lagi.

Ini pulak master bedroom. Ada 1 queen bed dan 1 single bed. Toilet ada 2, 1 di luar dan 1 di master bedroom. Washing machine pun ada.

Master bedroom pun luas.

Kitchen yang semua lengkap. Stay semalam je memang taklah pakai.

Apalagi budak-budak tak pernah tak excited kalau jumpa katil double decker.

Swimming pool di tingkat 16, atas sekali. Masa kami jenguk tu memang takde orang langsung, Iya lah jerebu sebab tu orang takde kot.

Alan nak mandi tapi saya cakap tengok-tengok je. Last-last dia mandi dalam bath tub je di toilet. Hotel Riverside Majwstic kat depan tu pun sama takde orang yang mandi-manda si kolm. Semuanya sebab jerebu ni la. Walaupun IPU semakin menirin tetapi masih jugak kabur dan bau asap. Katanya cuaca kering macam sekarang akan berlanjutan sampai bulan Mei tahun depan. Hmm.. bertabahlah semua 😥

 

Post a Comment

0 Comments