Follow Us @soratemplates

Showing posts with label Misteri Mona. Show all posts
Showing posts with label Misteri Mona. Show all posts

26/12/2020

Misteri Mona di TV3 Sudah Terjawab!

December 26, 2020 12 Komen


Ya! Minggu ni episod akhir dan Misteri Mona pun telah terungkai. Walaupun Kakmim tengok sampai episod 3 jer hari tu tapi episod ke 4 dan seterusnya Kakmim marathon terus non stop di YouTube! Yang bestnya bila marathon memang susah nak berenti. Best siot Misteri Mona ni. Kreatif sangat story linenya. Shot pun mantap

Watak utama dalam cerita ni ialah Janna Nick. Sempoi je dia dalam ceta ni. Baju pun asyik baju yang sama je dengan muka tak mekap, rambut tak terurus. Lakonan Elisha Sandha sebagai pembantu peribadinya pun boleh dibanggakan. 

Ending cerita ni sungguh tak terjangka. Episod akhir memang suspens dan mendebarkan. Cuma 1 jer yang Kakmim betul iaitu kaitan antara Fahmi dan Nadeem. Lain-lain tu meleset. Kalau tak tengok lagi, bolehla curi masa tengok. Tak best pulak kalau ada spoiler. Tak rugi tengok sebab lain cerita ni, bukan kisah-kisah perebutan harta atau percintaan yang clishe. Tak tau pulak ceta ni memang idea asal penerbit kita atau dicedok ideanya dari Korea Selatan. Sebab selalunya ceta yang plot twist gini salu tengok dalam k-drama.

Lokasi umah kampung Mona dan Anum masa kecik pun sangat rare. Daif sangat rupanya rumah di bandar macam tu. Ayah tirinya lakonan pelakon Zizan Nin memang benci habis tapi bagusnya dia tak kacau pulak anak perempuan 2 orang yang ada kat umah tu. Yang tak disangka pulak jadi tupai. Hmm..

Nak tau siapakah Mona, kenapa Mona menjadi misteri tengoklah sendiri pastu kita sembang k. Hehehe.







10/12/2020

Misteri Mona - Episod 1

December 10, 2020 8 Komen

Misteri Mona - Slot Samarinda

Habis je tengok Sang Pewaris, sambung pulak Misteri Mona. Kebetulan baru episod 1. So kita layan sambil lipat kain.


Hari tu baru baca sinopsis kat blog Fiza. Baca sinopsis memang menarik. Dan bila dah layan, memang menarik. Suspens! 


Yang masih menjadi misteri, siapakah Mona yang menjadi Misteri Mona ni?


Dan. Ada apa di sebalik pintu yang menuju ke basement tu??


Tak sabar nak tunggu episod 2 pulak! Haa.. inilah yang tak suka nak layan drama ni mesti tak sabar. Itoq kata orang Serawak.


Siapa tengok Misteri Mona tadi?? Bam bam kan Janna Nick dalam ceta ni?


notakakmim: sorry 2 hari ni agak busy tak sempat nak BW