Misteri Mona di TV3 Sudah Terjawab!


Ya! Minggu ni episod akhir dan Misteri Mona pun telah terungkai. Walaupun Kakmim tengok sampai episod 3 jer hari tu tapi episod ke 4 dan seterusnya Kakmim marathon terus non stop di YouTube! Yang bestnya bila marathon memang susah nak berenti. Best siot Misteri Mona ni. Kreatif sangat story linenya. Shot pun mantap

Watak utama dalam cerita ni ialah Janna Nick. Sempoi je dia dalam ceta ni. Baju pun asyik baju yang sama je dengan muka tak mekap, rambut tak terurus. Lakonan Elisha Sandha sebagai pembantu peribadinya pun boleh dibanggakan. 

Ending cerita ni sungguh tak terjangka. Episod akhir memang suspens dan mendebarkan. Cuma 1 jer yang Kakmim betul iaitu kaitan antara Fahmi dan Nadeem. Lain-lain tu meleset. Kalau tak tengok lagi, bolehla curi masa tengok. Tak best pulak kalau ada spoiler. Tak rugi tengok sebab lain cerita ni, bukan kisah-kisah perebutan harta atau percintaan yang clishe. Tak tau pulak ceta ni memang idea asal penerbit kita atau dicedok ideanya dari Korea Selatan. Sebab selalunya ceta yang plot twist gini salu tengok dalam k-drama.

Lokasi umah kampung Mona dan Anum masa kecik pun sangat rare. Daif sangat rupanya rumah di bandar macam tu. Ayah tirinya lakonan pelakon Zizan Nin memang benci habis tapi bagusnya dia tak kacau pulak anak perempuan 2 orang yang ada kat umah tu. Yang tak disangka pulak jadi tupai. Hmm..

Nak tau siapakah Mona, kenapa Mona menjadi misteri tengoklah sendiri pastu kita sembang k. Hehehe.







12 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Kita baru tengok episode 1, nak kena marathon jugak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lps habis marathon kita sembang lg kak.. hehehe

      Delete
  2. Nang best cita tok. Kmk x penah mis. Kmk Syak juak nadeem ya fahmi. Haha... Mula² penin nangga cita tok. Alu x mok tinggal nangga nya.

    Baruk juak nak share di blog. Lom publish gik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejak sidak pindah umh tuan jamal kmk dh syak mst ada kaitan si fahmi ya klak dgn sidak 2 ya.. skali btol juak tekak kmk nama nya fahmi nadeem..hahaha

      Delete
  3. Belum sempat marathon lagi kakmim. Sibuk sikit last week. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dh free sikit nnt boleh la layan.. hehehe

      Delete
    2. Yup, ada beberapa drama tak habis tengok lagi

      Delete
  4. skip tak baca post ni sbb nak tgk sniri hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde spoiler kot.. hahaha.. tgk dlu br review k

      Delete
  5. tak sempat nak tengok..mujurlah zaman sekarang ada youtube

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang kn tgk marathon je kt youtube.. xperlu tgk tv boleh tdo awal.. hehehe

      Delete
  6. Part yang jadi tupai tu memang mengejutkan dan tak disangka.. hampeh betul.. rasa macam nak cepuk cepuk je.. adoilah.. skait pula hati tengok drama ini..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form