Follow Us @soratemplates

Showing posts with label Sajak by Kakmim. Show all posts
Showing posts with label Sajak by Kakmim. Show all posts

27/03/2021

Dari Ibu Buat Ibu

March 27, 2021 10 Komen

Pagi Sabtu sebelum 7 pagi lagi Whatsapp grup kelas Imran dah berbunyi. Oh rupanya cikgu nak maklumkan mengenai pertandingan sempena bulan Bahasa. Menarik jugak ada pertandingan bercerita dan pertandingan bersajak untuk Tahap 1.


Saya pun bagitau Imran nak tak masuk pertandingan sajak atau bercerita. Dia angguk tapi dia nak tau macam mana bersajak. Saya pun tunjukkan video murid sekolah rendah dalam pertandingan bersajak di You Tube. Dia ok. Kalau dia nak, senanglah nak train masa cuti ni nanti baru shoot video. Kakak pun ada boleh train si Awan ni.


Pastu mulalah misi menggoogle sajak pulak. Semuanya panjang-panjang. Hmm.. kalau panjang susah jugak untuk budak tahun 1 ni. Aargh.. mati kutu pulak dibuatnya. Last-last Ibu buat sendirilah yang simple dan mudah untuk dihafal dan dihayati.


Bila last minute, mesti boleh kan? Hahaha!


Apalah guna henpon di tangan. Taip jer di henfon dulu lepas ni kita print dan mulakan misi latihan. 


Selamat berhujung minggu semua!