Fabiayyi Ala Irobbikuma Tukadziban


سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Assalamualaikum.. salam batik hari Khamis. Esok last day hari bekerja untuk minggu ini. Tapi task minggu ni belum lagi selesai. Huhu. Er, taip je terus teringat pasal kerja ek. Tak aci, tak aci.

Eh, baiklah. Back to the story. Gambar awan pagi ni 6.42 pagi semasa on the way ke tempat kerja, sebelum sampai simpang empat traffic light menghala ke ofis. Subhanallah. 


فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan”
 
Surah favourite yang saya suka dengar pagi-pagi ialah Surah Ar-Rahman. Ada 1 Youtube ni, memang saya dah save dan main setiap pagi sebab rasa dah sebati dan serasi dengan alunan taranum dan suara merinding Ustaz Zain Abu Kautsar.



Tahukah anda kalimat Fabiayyi ala irobbikuma tukadziban diulang sebanyak 31 kali dalam Surah Ar-Rahman, iaitu pada ayat  16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, dan 77. Kalimat ini ditujukan kepada manusia dan jin, kerana menggunakan kata “Rabbikuma (رَبِّكُمَا)” yang artinya “Tuhan Kamu Berdua”. 

Hikmah daripada kalimat Fabiayyi ala irobbikuma tukadziban  adalah untuk mengingatkan agar jin dan juga manusia sedar akan nikmat yang hanya datang dari Allah dan ia diulang berkali-kali untuk menunjukkan betapa pentingnya makhluk Allah untuk mensyukuri segala nikmat tersebut. 

Berbalik kepada nikmat yang Allah berikan, kadang-kadang pernah tak terdetik di hati kecil kita kenapa kita tidak begitu, kenapa kita tidak begini. Astaghfirullahala'zim. Kenapa kita begitu? Kalau kita scroll di media sosial, banyak lagi kisah-kisah sedih mahupun insan bernasib malang yang memerlukan sedikit bantuan dan doa dari kita. Allahu. 


فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan”

11 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Mensyukurilah dengan apa yang ada dgn apa yg kita ada :D

    ReplyDelete
  2. Betul tu, kalau kita rasa kita hebat ada yg lebih hebat, kalau kita rasa kita susah ada yg lagi susah. Kalau kita rasa kita tak sempurna ada yg lagi tidak sempurna.

    ReplyDelete
  3. Banyak nikmat Allah bagi cuma kadang kita terlepas pandang sbb lebih melihat kpd kelebihan yg orang lain ada/dapat sedangkan Allah Maha Adil dah bagi sebaiknya utk setiap orang.

    ReplyDelete
  4. Nice view. Mengingatkan saya waktu anak3 masih kecik2, pepagi selalu nampak awan mcm ni masa hantar mereka ke sekolah. Jauhnya Ya Allah. Tu yg pepagi dah menyuluh.

    Bersyukur Allah masih beri kepanjangan umur utk melihat mereka membesar. Dan juga dpt membaca blog Kak Mim. 😁. Kwn2 sebaya dah ramai berpindah ke "alam lain".

    ReplyDelete
  5. kita selalu rasa kita susah tapi ramai lagi susah dari kita kan. Allahu. selamat bekerja. kami di KL cuti. hehe

    ReplyDelete
  6. one of my fav ayat juga dlm Al Quran.. subhanallah, alhamdulillah... indah sgt kan

    ReplyDelete
  7. Sukaaa dengan ayat ini. Memang reminder sangat bagi manusia utk selaku bersyukur dengan apa yg dipunya. Tak payah menginginkan barang yang susah diraih atau bukan hak kita .

    ReplyDelete
  8. Syukur di atas limpah rahmat Allah yang tak putus2nya

    ReplyDelete
  9. Sungguh indah foto pagi harinya Mbak.
    Baiklah keindahan itu adalah hanya semata ciptaan Allah. Bersyukur sebagai nikmat, hal yang sepatutnya kita lakukan.

    Salam,

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form