Kertas Sirah Yang Tertangguh

Kalau tak ada yang terbuat onar minggu lepas, hari ni dah calon UPKK 23/24 dah merdeka. Makanya malam tadi perjuangan terakhir kami 2 beranak untuk 'fight' sampai mata mengantuk. Walaupun examnya sebelah petang, sebelah paginya mereka masih bersekolah macam biasa. Mungkin ada cikgu yang bagi chance buat ulangkaji UPKK. Kalau saya masa di U dulu, beratur di luar dewan peperiksaan pun masih baca nota. Budak-budak zaman now rileks sangat la time periksa. Atau mungkin faktor umur jugak kot. Baru 11 tahun, memang masih ingat nak main saja. Lagipun memang taj dimomokkan dengan exam besar macam kita dulu, ada UPSR. Memang target straight A's UPSR dulu. Ke main kau.

Usaha terakhir untuk subjek Sirah.

Live bersama Ustazah Umm Syabinar. Seminggu ni ustazah buat live free tiap malam. Kenapa ek sebelum ni tak pernah pulak kenal ustazah ni atau lalu di timeline saya. Tapi memang ralit dengar ustazah live. Saya pun dah ingat jugak formula-formula yang ustazah ajar. Anak periksa, mak yang belajar. Haaa... gitu.

Siap lukis-lukis dan nyanyi-nyayi lagi ustazah dalam live. Saya mak-mak pun seronok dengar, apatah lagi anak-anak. Terima kasih ustazah share ilmu bersama anak-anak. Seronok jugak belajar seminggu UPKK ni. Masa subjek Jawi hari tu ustazah share secara live macam mana nak asah pensel, yang guna pensel mekanikal pun ustzah ajar macam mana cara nak buat mata pensel tu tajam supaya tulisan khat jadi lawa. No wonderlah Abang selalu buat macam tu sebelum ni, rupanya itu memang tips untuk tulisan jawi jadi lawa. Salute jugaklah dengan anak-anak zaman sekarang, darjah 5 steady je tulis jawi. Ibu ni baca boleh lagi nak menulis tu agak slow jugak la, lama tak tulis jawi. Yang calon UPKK ni, soalan dalam jawi, jawapan pun tulis dalam jawi. Perghh!!

Ya Allah, permudahkan urusan semua calon UPKK di sekolah Abang pada hari ini. Lambat sikit balik petang ni sebab ada sesi bergambar. 3.30 pagi ustaz hantar mesej ke whatsapp group KAFA. Malam ni plan nak makan di luar lah sempena meraikan 'kemerdekaan' Abang. Tamat dah UPKK untuk tahun 23/24 hari ini. Semoga diterangkan hati Abang dan kawan-kawan menjawab kertas Sirah hari ni. Aamin ya rabbal alamin.




 

7 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Good luck Abang.
    Semoga Allah permudahkan segalanya.

    Yeayy.. bila habis exam, mak-mak otomatik merdeka juga!

    ReplyDelete
  2. Bittaufiq wan najah Abang 🤲
    Zaman skrg camtu la Kakmim kan, mak² sekali kena belajar dgn anak...

    ReplyDelete
  3. moga dpt menjawab dgn tenang & tepat.. all the best abang!!!

    ReplyDelete
  4. Berdebar debar kan kita as a parent bila anak2 nak exam huhuu .. Gud Luck!!!!

    ReplyDelete
  5. saya hari tu tolong anak saudara saya buat ulangkaji sirah. baru saya sedar yang saya sendiri pun dah banyak lupa. ulangkaji untuk saya jugaklah

    ReplyDelete
  6. Saya malah bingung baca aksara Jawi , Krn memang tak pernah diajar. Tapi asisten saya dulu bisa, usia dia LBH tua jauh, dan katanya zaman sekolah memang diajarkan pakai Jawi.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form