Langit Sebelum 7 Pagi

Assalamualaikum, salam Jumaat, penghulu segala hari. Hari ni trafik dari rumah menuju ke sekolah kakak Iman berjalan lancar. 6.30 pagi dah sampai di sekolah, 6.42 dah check in Spot Me di parking depan ofis. Alhamdulillah hari ni telah dipermudahkanNya.

Just quick update, untuk sajian mata sahabat yang berkunjung di sini di hari Jumaat yang indah ini. Beberapa potret morning view yang dicapture sambil memandu. Haaa... main klik je, nasib ok, cantik kan permandangan awal pagi macam ni. Tenang je, subhanallah masya Allah.

Fokus awan, subhanallah, saya suka gambar awan.

Awan lagi.

Dah sampai traffic light ertinya tak lama lagi nak sampai ofis ler tu.

Pagi ni masak macaroni bolognese untuk jamuan kelas si Abang. Nanti nak keluar ke sekolah Awan dan Alan pulak untuk ambil BAP. Ayah dah awal mohon cuti. Abang selesai hari Selasa lepas, kakak Iman minggu lepas. So hari ni semua #theIMANs setel terima BAP daripada kerajaan Malaysia. Terima kasih PMX!

Akhir kata, semoga dipermudahkan urusan kita hari ini, dibukakan pintu rezeki yang luas dan segala pintu kebaikan buat diri kita, keluarga, sahabat handai dan semua orang yang kita hormati. Aamin!

 

14 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Indahnya suasana pagi..salam jumat kak

    ReplyDelete
  2. Awal matahari terbit. Kat sini pukul 7 baru nak bercahaya sikit sbb subuh pun dah pukul 6+

    ReplyDelete
  3. SubhanaAllah cantik sungguh pemandangan waktu pagi..

    ReplyDelete
  4. subhanallah..cantiks.. sama la.. MA pun suka awan, banyak gak pic gambar awan...
    pic macaroni goreng tu pun..subhanallah, nampak sedap & menyelerakan

    ReplyDelete
  5. cantiknya awan subhanallah! wahh macaroni goreng sedapnyaaaaa!

    ReplyDelete
  6. Cantiknya pemandangan, indah ciptaan Tuhan. Salam Jumaat Kak Mim

    ReplyDelete
  7. Tenang je suasana di pagi hari kan?

    ReplyDelete
  8. Aaamiiin. Cantiiiik gambar jelang sunrise tuh kak. 😍..tapi kalo di jakarta, jam 7 dah terang benderang matahari 😄. Dah panas pun terkadang 😁. Mungkin Krn pulau Jawa lebih ke timur yaa..

    Selamat Jumat utk kakak... Semoga rezekinya dilancarkan di hari baik ini

    ReplyDelete
  9. Subhanallah cantiknya! Rasa tenang je tengok suasana pagi yang indah macam ni kan...
    Alhamdulillah anak4 PH pun dah setel terima BAP.

    ReplyDelete
  10. Aamiin.. semoga segala urusan kita dipermudah..

    ReplyDelete
  11. Pagi yang indah Mbak.
    Suasana pagi dengan udara pagi yang segar dan pemandangan yang indah.
    Semoga dimudahkan segala urusan.

    Salam,

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form